Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Ani Mayuni & Viviana Gagal Mara Ke Separuh Akhir

Astrogempak VIVIANA

Sekilas

  • Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2) tersingkir pada minggu suku akhir pertandingan.
  • Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keenam dimenangi oleh Hasil dengan hadiah wang tunai RM2,000 dan hamper.
  • Program dikendalikan oleh Aznil Nawawi bersama juri Sarimah Ibrahim dan AC Mizal, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka.
Advertisement

Perjalanan bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Ani Maiyuni dan Viviana terhenti selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu suku akhir. 

Membawakan lagu Jai Ho nyanyian asal Pussycat Dolls,  Ani Maiyuni dan Viviana gagal menambat hati barisan juri. 

Turut berada ditangga tiga terbawah adalah  Dato’ Sri Vida dan Cik B serta Safura dan Kim Khairii.
Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu suku akhir menjadi milik Hasil  Azeva & Datuk A.Aida. 

Kemenangan itu memberi mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.

Advertisement

Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain buat kali ketiga. 

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.]LMOX

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement