Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Azeva Akui Tak Sanggup Lihat Anggrek Tersingkir, Minta Maaf Kepada Peminat - "I Really Tried My Best..."

Astrogempak AZEVA

Sekilas

  • Azeva dari Talk To My Manager 2 lega selepas terselamat daripada penyingkiran minggu ketujuh walaupun persembahannya kurang memuaskan juri.
  • Dia berdebar kerana tidak mahu melihat Anggrek, peserta yang dianggap berbakat, tersingkir pada minggu tersebut.
  • Azeva dan Datuk A.Aida diselamatkan melalui Imuniti Kasih Eskayvie, manakala Anggrek dan Adira diselamatkan menggunakan 'Golden Card' oleh juri tetap.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Azeva meluahkan rasa syukur selepas terselamat daripada penyingkiran pada minggu ketujuh.

Bagaimanapun, Azeva mengakui berdebar sewaktu keputusan tersebut kerana tidak sanggup melihat Anggrek tersingkir.

“Huhu, sorry korang.. I really tried my best. But, alhamdulillah my little sister tak terkeluar.

“Tu je yang buat Azeva berdebar tadi sebab she’s really talented, my baby,” tulisnya di Threads.

Membawakan lagu Sial nyanyian asal Mahalini, persembahan Azeva gagal menambat hati juri pada konsert minggu ketujuh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat kedua-dua peserta tersebut.

"Lagu tu memang susah, Azeva but you've tried your best. Tbh, memang ada kekurangan tapi tak sampai tahap patut disingkirkan. Looking forward to your next week's performance.

"Sayang Azeva n Anggerik . Doesn’t define your talent. Don’t give up Aveza.

"Come back stronger! its okay girl.. next week cover balik.. azeva suara sedap, berbakat besar... selayaknya smpai final...

"Sending you a big hug 🥰🫶🏻

"Azevaaaaa no need sorryyyy, korang semua perform malam tdii 🤍

"You both really talented and doing great!! Me and my friend nangis tau masa nama Anggerik and nama Azeva yang paknil pergi tu 😭💔," komen netizen.

Sekadar info, Azeva dan Datuk A.Aida diselamatkan oleh pengasas Eskayvie, Dr. Kartika selepas menerima Imuniti Kasih Eskayvie.

Sementara itu, Anggrek dan Adira pula diselamatkan oleh barisan juri tetap dengan penggunaan 'Golden Card'.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement