Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Barisan Baru Lebih Padu!, Cik B, Ratu & Anggerek Siap Gegar Pentas

Astrogempak TTMM2

Sekilas

  • Talk To My Manager (TTMM) kembali dengan musim kedua yang menampilkan lebih ramai selebriti dan cabaran menarik.
  • Datuk Aznil Hj Nawawi kembali sebagai pengacara bersama juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal yang memeriahkan program.
  • Musim kedua akan disiarkan secara langsung mulai 19 April 2026, jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta sooka.
Advertisement

Selepas kejayaan musim pertama, program hiburan keluarga iaitu Talk To My Manager (TTMM) kembali buat musim kedua.

Meneruskan momentum musim pertama yang berjaya menawan hati penonton menerusi gabungan cabaran kompetitif dan persembahan yang memukau, musim 2 tampil dengan penyertaan lebih ramai selebriti.

Advertisement

Antara barisan manager-artist yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley.

Malam TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.

Musim 2 turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

Talk To My Manager Musim 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.

Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement