Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: "Ini Semua Usaha Mereka, Saya Hanya..." - Bantu Ulang Kejayaan Peserta, Aisha Retno Tak Mahu Dianggap Sebagai Tuah

Astrogempak AISHA

Sekilas

  • Aisha Retno memuji persembahan juara Talk To My Manager 2, Anggrek, sebagai luar biasa dan menyentuh jiwa.
  • Beliau menegaskan kejayaan Anggrek dan pengurusnya, Adira, hasil usaha keras sepanjang pertandingan, bukan hanya kehadiran artis jemputan.
  • Aisha terbuka untuk bekerjasama dengan Anggrek dan sudah merancang karya yang sesuai dengan gaya dan elemen persembahan juara TTMM2 itu.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno meluahkan rasa kagum terhadap persembahan juara Talk To My Manager 2 (TTMM2), Anggrek yang disifatkannya sebagai luar biasa dan menyentuh jiwa.

Menurut Aisha, kejayaan Anggrek dan pengurusnya, Adira, bukanlah bergantung kepada kehadirannya sebagai artis jemputan semata-mata, sebaliknya hasil usaha keras yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang pertandingan.

Advertisement

“Ini semua memang usaha daripada peserta Talk To My Manager sendiri. Saya hanyalah pemangkin untuk membantu persembahan mereka menjadi lebih bersemangat.

“Tetapi kali ini memang rasa macam menusuk ke jiwa sedikit. Anggrek yang kecil-kecil cili padi itu, Masya-Allah memang layak dinobatkan sebagai juara berdasarkan persembahannya malam ini. Dua-dua persembahan yang sangat perfect,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sutera itu mengakui persembahan Anggrek mengingatkannya kepada kemenangan juara TTMM musim lalu, Marsya Qistina.

“Ia membawa perasaan dejavu kepada saya sama seperti kemenangan Marsya pada tahun lepas. Saya harap selepas ini hanya perkara yang baik-baik sahaja menanti Anggrek,” ujarnya.

Aisha turut berharap Adira dapat terus memainkan peranan penting dalam menyusun perjalanan seni Anggrek agar bakat luar biasa yang dimiliki kanak-kanak itu dapat digilap dengan baik tanpa mengabaikan aspek pendidikan.

Sementara itu, Aisha tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Anggrek pada masa akan datang, malah mengakui sudah mempunyai perancangan awal sekiranya diberi peluang menghasilkan karya buat juara TTMM2 itu.

“Dengan hati terbuka, sesiapa sahaja yang sudi menerima karya saya, saya akan buat.

“Saya perlu fikir apakah trademark Anggrek. Sudah tentu tarian dan elemen persembahan itu antara perkara yang perlu diberi perhatian. Jadi, perkara itu memang sudah ada dalam perancangan,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement