Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager 2: Patut Jadi Peserta, Anak Amyza Aznan Terpaksa Tarik Diri - “Terima Kasih Sudi Dengar Nyanyian Saya”

Astro Gempak

Sekilas

  • Adrian Adam, anak kedua Amyza Aznan, membuat penampilan istimewa di pentas Talk To My Manager musim kedua walaupun bukan peserta program.
  • Amyza berkongsi bahawa Adrian kini sedang menjalani rawatan di hospital dan menunggu keputusan sama ada tumor akan kekal atau merebak.
  • Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan, mengulangi pengalaman pahit keluarga selepas anak sulung Amyza, Andre Mikhail, didiagnosis kanser paru-paru tahap tiga tahun lalu.

Suasana pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bertukar hiba apabila anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam membuat penampilan istimewa di pentas tersebut.

Menurut Adrian, dia bersyukur kerana dapat hadir ke pentas tersebut meskipun tidak berpeluang menjadi peserta program tersebut.

"Saya nak minta doakan saya dan terima kasih sebab sudi dengar nyanyian saya. Terima kasih doakan saya dan harap teruskan doa untuk saya dan ibu," katanya

Sementara itu, Amyza berkongsi keadaan kesihatan terkini anaknya yang sedang menjalani rawatan di hospital.

"Sekarang ni dia sedang dapat rawatan. Seterusnya,  baru boleh tau tumor dia akan kekal atau tersebar," ujar Amyza.

Sekadar info, Amyza pernah berkongsi berita sedih apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan ini.
 

Perkara tersebut mengulangi pengalaman pahit tahun lalu apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement