Sekilas
- Linda Jasmine dan Ratu tersingkir minggu keenam Talk To My Manager 2 selepas persembahan lagu Oh! Carol bersama Chubb-E kurang memikat juri.
- Persembahan Anggrek dan Mimi Fly dengan lagu Temberang mendapat pujian hebat, dianggap antara yang terbaik sepanjang musim ini.
- Jamilulhayat dan Hussain dinobatkan sebagai Manager Paling Perform, manakala Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie dimenangi oleh Adira dan Anggrek.
Pasangan bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Linda Jasmine dan Ratu terpaksa reda dengan keputusan juri selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir untuk minggu keenam.
Menyanyikan lagu Oh! Carol bersama penyanyi, Chubb-E, persembahan Ratu gagal menambat hati barisan juri.
Persembahan bertenaga daripada Anggrek dan Mimi Fly menerusi lagu Temberang juga membuat satu dewan berdiri.
Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu keenam:
Safura X Kim Khairii Ft Khai Bahar - Aku Penghibur
Datuk AC Mizal: Terima kasih kerana kembali, harmony, vokal on point. Nampak awak setaraf dengan Khai Bahar. Bila nampak ada pengisian atas pentas awak nampak lebih tenang. Tapi persembahan yang bagus dan saya nak kata good job (standing ovation).
Ani Maiyuni X Viviana Ft Syamel - Goodbye Hello
Che Puan Sarimah Ibrahim: Tahniah pada awak untuk persembahan yang bagus. Kalau tengok report Syamel tiada untuk awak cari keserasian tapi awak berjaya sebab awak tak tenggelam dan awak nampak serasi dengannya.
Adira X Anggrek Ft Mimi Fly - Temberang
Puan Seri Tiara Jacquelina: Sungguh saya tak sangka level macam ni. Saya tanya producer macam tak adil nak bandingkan budak dengan peserta lain. Tapi saya terkejut awak memang hebat. Bukan mudah nak tandingi Mimi Fly.
Ini adalah setanding dengan Mimi Fly, boleh tak awak cepat besar jadi Puteri Gunung Ledang. A star is born.
Datuk AC Mizal: Sepanjang show TTMM, ini adalah persembahan paling best.
Jamilulhayat X Hussain Ft Ara Johari - Takdir Tercipta
Datuk AC Mizal: Awak dari keturunan dari Raja Pop, vokal memang sedap, tone cantik, semuanya sedap didengar. Awak ada bakat jangan malu-malu, jangan sorok-sorok. Saya bangga sebab saksikan bakat ini, sepatutnya dah lama awak dalam industri, suara yang sangat sedap.
Jamilulhayat dinobat sebagai Manager Paling Perform, sepakat anak beranak memilih imuniti.
Linda Jasmine X Ratu Ft Chubb-E - Oh! Carol
Che Puan Sarimah Ibrahim: Wow, youre so cool! Bagi saya jujur ye, cabaran malam ini adalah untuk bergandingan dengan Chubb-E sebab dia mudah untuk overshadow. Dia dah biasa dengan pertandingan. Awak sepatutnya kena menari lebih tadi. Tadi tidak tenggelam tapi nyaris jadi awak kena cari apa kelebihan awak.
Puan Seri Tiara Jacquelina: Saya tak sangka 7 genre, sebab ini lagu lama. Saya pun pelik kenapa pilih lagu lama tapi awak mengejutkan saya.
Dato’ Sri Vida X Cik B Ft Dato Hattan - Gadis Jolobu
Puan Seri Tiara Jacquelina: Awak memang ada personaliti yang sangat besar, tak boleh dinafikan. Buat persembahan pula bersama Datuk Hattan. Bila rebel kena tambah dengan kerja keras, dan dengar cakap manager.
Datuk AC Mizal: Trust your tone! Ia akan membezakan awak dengan penyanyi-penyanyi lain.
Pak Azad X Amarra Ft Sheeda - Angkat
Datuk AC Mizal: You're the greatest warrior in this competition, walaupun dah berapa kali duduk bottom 3 tapi awak tetap come back dan berikan yang terbaik. Saya bangga dapat lihat awak.
Che Puan Sarimah Ibrahim: Kita ada mini Mimi Fly, kita ada Mimi Fly dan kita ada Mega Fly.
Dato’ A.Aida X Azeva Ft Merah - Baldu Biru
Datuk AC Mizal: Vokal sangat strong, semuanya sangat baik. awak serasi dengan Merah, awak berdua menaikkan satu sama lain.
Sementara itu, Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu keenam menjadi milik Hasil Adira dan Anggrek.
Kemenangan itu mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.
Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain.
Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.