Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2 Recap: Tuah Janam Janam Buat Hussain, Amarra & Pak Azad Diberi 'Peluang Kedua'

Astrogempak TTMM2

Sekilas

  • Amarra dan Pak Azad selamat daripada penyingkiran minggu kelima walaupun berada di tangga tiga terbawah bersama Adira X Anggrek dan Datuk Seri Vida X Cik B.
  • Hussain menduduki tempat pertama dengan persembahan lagu Janam Janam yang mendapat pujian juri atas penguasaan vokal dan persembahan pentas.
  • Barisan juri memberikan komen positif dan membina kepada semua peserta, menekankan usaha, penghayatan dan teknik vokal dalam persembahan mereka.

Bagai mendapat peluang kedua! 

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Amarra dan Pak Azad mampu menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kelima. 

Menyanyikan lagu Kereta Malam nyanyian asal Juwita Bahar, Amarra dan Pak Azad diletakkan di tangga tiga terbawah bersama Adira X Anggrek dan Datuk Seri Vida X Cik B. 

Sementara itu, Hussain berjaya menambat hati juri dengan persembahan Janam Janam sekali gus meletakkannya di tangga pertama. 

Berikut merupakan komen barisan juri untuk minggu kelima: 

Aziva - All I Ask

Datuk AC Mizal: great effort, Tahniah kepada manager dapat hasilkan mood yang baik untuk artis. Bila awak max kan kemampuan dia ia jadi persembahan terbaik. You are the next star.

Sarimah: Lagu ni perlu lebih dari suara, dan awak berjaya bawakan lagu ini dengan baik.

 

Ratu X Linda Jasmine - Part Of Your World

Sarimah Ibrahim: What happen Ratu? You masuk air kita semua cair. Kita semua masuk dalam dunia you. Tahniah! Linda awak tahu kelebihan dia.

Datuk AC Mizal: The best performance from you.

 

Cik B X Datuk Seri Vida - Dahsyat

Shila Amzah: Saya sangat terkejut dengan keikhlasan persembahan Cik B malam ini.

Memang kena dengan tema untuk persembahan, Tahniah untuk manager. Saya rasa tone awak memiliki tone alto untuk wanita sangat barang, tapi kalau pergi ke kelas vokal lagi dan berlatih, akan jadi lebih baik.


Anggrek X Adira  - Depresi

Sarimah Ibrahim: Walaupun kecik, awak nyanyi lagu yang sangat berat tapi kami rasa obsesi dengan awak. Tapi awak berjaya buat dengan baik walaupun lagu ni susah. Adira dia mewakili perasaan awak. 


Amarra X Pak Azad - Kereta Malam

Shila Amzah: Bila saya tengok Ammara nyanyi lagu ini, saya terkejut sebab saya tak pasti bagaimana dia akan menyanyi. Sangat susah untuk menyanyi lagu, tetapi overall kamu dah buat yang terbaik. Saya hargai persembahan awak. In terms of vocal kena push and a stronger core. Tarian dah okay, tapi kena praktis lebih pada vokal. 


Kim Khairii X Safura  - Rahsia Pohon Cemara

Datuk AC Mizal: kita ada dua aspek berbeza. tapi awak dah buat yabg terbaik. Alhamdulillah manager dah faham show. Ada koir dan prop Ini yang kita nak. Atas pentas itu penting. Perjalanan apa yang terhasil. 

Kalau vokal bagus tapi kurang berusaha berbanding manager lain akan nampak kekurangan. Jadi, nampak persediaan. Apa yang penting, effort. Overall ini yang kita mahukan

Viviana X Ani Mayuni - Never Enough 

Sarimah Ibrahim: Beautiful baju, talents and tone takle dipertikaikan. Ani best gila jadi manager. Saya nak jujur saya rasa awak terkesan dengan breathing sbb emotion terperangkap kat dada. 

Tapi mari saya bagitau semua buli diorg bole cakap banyak tapi awak bole perjuang atas pentas. Diorg tampar u, u tampar balik dengan bakat dan keberanian. Buli never be enough sbb tu diorg tergugat. 

Hussain X Jamilulhayat - Janam Janam

Shila Amzah: Saya terpegun sebab breathing dan note dia panjang, jadi ia susah untuk dilakukan. Saya hargai awak cuba bagi eye contact ada dancer. Nyanyian yang bukan bahasa sendiri bukan mudah. Jadi syabas pada hussain dan manager. 

Datuk AC Mizal: Ini yang kita nak. Bukan berdiri tegak je. Bila you bergerak mcm ni barula a good performance. 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement