Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: “Tongkat Pun Dah Buang” - Jamilul Hayat Syukur Kesihatan Semakin Baik

Astrogempak Jamilul

Sekilas

  • Jamilul Hayat dari Talk To My Manager 2 berkongsi perkembangan kesihatannya yang semakin baik selepas mendapat bantuan daripada rakan-rakan, terutamanya Datuk Seri Vida.
  • Keadaan paru-parunya yang menghidap kanser tahap empat dan asma juga menunjukkan peningkatan, dengan Jamilul kini tidak lagi bergantung pada inhaler atau alat bantuan pernafasan.
  • Jamilul mengakui sedang berusaha untuk berhenti merokok atas nasihat doktor demi kesihatan yang lebih baik.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Jamilul Hayat berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya yang semakin membaik.

Jelas Jamilul, dia sangat bersyukur mendapat bantuan daripada rakan-rakan TTMM2 terutamanya daripada Datuk Seri Vida.

“Ini asbab bantuan daripada kawan-kawan yang ada di Talk To My Manager. Pertama sekali Datuk Seri Vida nampak saya pakai tongkat dia tanya kenapa, jadi saya share masalah saya dua tahun saya pakai tongkat jadi dia berikan saya produk pamoga.

“Alhamdulillah hari kesepuluh saya makan kaki saya dah tak sakit, ada keajaiban tapi sebenarnya asbab bantuan, ikhtiar dan keprihatinan daripada kawan-kawan,” katanya.

Pada masa sama, Jamilul turut mendedahkan keadaan paru-parunya yang berdepan kanser tahap empat selain menghidap asma juga dalam keadaan baik.

“Dan keduanya, tentang paru-paru saya yang sudah tahap empat kanser, dengan asma lagi. Seorang lagi sahabat iaitu Doktor Tuan Syed daripada Eskayvie buat pemeriksaan terhadap saya.

“Dalam masa dua minggu, saya dah tak pakai inhaler lagi. Pernafasan saya juga semakin baik. Ini adalah satu keajaiban. Yang menyembuhkan itu Allah SWT, tetapi asbab bantuan daripada kawan-kawan buat saya terharu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Jamilul juga menegaskan dia kini tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan atau inhaler.

Jamilul turut mengakui doktor turut menasihatkannya supaya berhenti merokok demi kesihatannya.

“Tak, tak, langsung tak guna. Bayangkan kalau tidak, dua jam sekali saya kena guna. Tongkat pun dah buang. Doktor sarankan untuk saya berhenti merokok. Alhamdulillah, saya ikut nasihat doktor tetapi belum sepenuhnya lagi.

“Saya cuba kurangkan merokok dan saya akan berhenti, itu azam saya,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement