Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Ucapan Didakwa Ganggu Fokus Cik B, DSV Mohon Maaf & Janji Perbaiki Diri - “Saya Silap Dalam…”

Astrogempak DSV

Sekilas

  • Datuk Seri Vida memohon maaf selepas ucapannya didakwa mengganggu fokus dan emosi Cik B di atas pentas Talk To My Manager 2.
  • Vida mengakui kesilapan dan menerima segala teguran serta nasihat, termasuk dari Cikgu Shafie.
  • Dia berjanji akan memperbaiki kesilapan dan memberikan sokongan lebih baik pada minggu ketiga pertandingan.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf selepas timbul dakwaan daripada netizen yang mengatakan ucapannya telah mengganggu fokus serta emosi Cik B ketika berada di atas pentas.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Vida, atau nama asalnya, Hasmiza Othman, mengakui kesilapannya dan bersedia menerima segala teguran serta nasihat yang diberikan.

Advertisement

“Ya, saya terima apa-apa komen dan nasihat daripada semua. Saya mengaku ini memang silap saya.

“Saya silap dalam memberi ucapan sehingga mengganggu emosi Cik B. Maafkan mama, Cik B. Mama hanya mahu yang terbaik untuk Cik B,” tulisnya.

Pada masa sama, Vida turut mengakui bahawa niatnya pada ketika itu adalah untuk memberikan sokongan, namun tidak menyedari impaknya terhadap persembahan anaknya.

“Mama rasa apa yang mama buat itu sudah okay untuk Cik B. Rupanya mama silap. Ucapan mama memberi kesan besar dalam persembahan Cik B sehingga dia tidak dapat mengawal emosi.

“Mama juga terima segala nasihat daripada Cikgu Shafie,” ujarnya.

Vida turut berjanji akan memperbaiki kesilapan tersebut dan memberikan sokongan yang lebih baik pada minggu seterusnya.

“Mama akan memperbaiki segala kesilapan dan janji akan memberi yang lebih baik untuk Cik B. Mama akan menebus kembali pada minggu ketiga,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement