Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager: Ahmad Dayyan ‘Baik-Baik’ Sahaja Cuma…

Amad TTMM

Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memaklumkan bintang Talk To My Manager (TTMM),  Ahmad Dayyan kini berada dalam keadaan baik selepas insiden pengsan yang berlaku sewaktu konsert Grand Finale baru-baru ini.

Menurut Raqim, pihak produksi segera mendapatkan bantuan perubatan selepas kejadian itu dan pemeriksaan awal menunjukkan tiada masalah kesihatan serius yang dihadapi oleh penyanyi berkenaan.

“Tadi saya ada berjumpa dengan mereka. Keadaan dia sekarang baik sahaja. Kami dah check dengan medic semua vitalnya okay. Daripada segi kesihatan dia sebenarnya tiada apa-apa masalah. Itu yang telah disahkan oleh pihak medic kita sendiri,” katanya. 


Bagaimanapun, Raqim memberitahu semuanya berlaku ketika Ahmad mahu menaiki pentas sebelum persembahannya berlangsung pada Ahad. 

Advertisement

 

“Cuma sebelum dia buat persembahan tadi mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan yang dia lalui sewaktu mahu keluar untuk membuat persembahan. Sebelum ini dia memang tiada sebarang sakit, mungkin perkara itu berlaku secara tiba-tiba," tambahnya.

 

Terdahulu, beberapa minit sebelum memulakan persembahan, Amad kelihatan kurang sihat selain sempat menyebut ‘sakit’ sebelum cuba ditenangkan oleh ibu serta pihak produksi.

 

Malah Ahmad difahamkan pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir bersama penyanyi Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita untuk konsert Grand Finale. 

Sekadar info, Siti Sairah dan Amad berjaya menduduki tangga keenam dengan markah 52.17 peratus menerusi persembahanya yang membawakan lagu Cinta Kerana Cinta (Judika) dan Bukan Lagi Kita bersama Nadeera Zaini.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.


Berlangsung selama 8 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
 

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka. 

 

Must-Watch Video

Advertisement