Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager Akan Bertukar Jadi…, DSV Usik Fazley Yaakob - “Ready Abang Ek”

Talk To My Manager Akan Bertukar Jadi…, DSV Usik Fazley Yaakob - “Ready Abang Ek”

Sekilas

  • Datuk Seri Vida (DSV) mengusik bakal suaminya, Datuk Fazley Yaakob, dengan gurauan di Threads selepas dilamar baru-baru ini.
  • DSV menyatakan bahawa frasa 'Talk To My Manager' akan bertukar menjadi 'Talk To My Wife' sebagai tanda hubungan mereka yang semakin rapat.
  • Fazley melamar DSV dengan cincin khas bernilai RM7,000 yang direka menyerupai tiara, melambangkan keistimewaan DSV di matanya.
Advertisement

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran berbaur usikan terhadap bakal suaminya yang juga penyanyi dan  cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Menerusi perkongsian di Threads, DSV yang baru sahaja dilamar pada Selasa malam dilihat telah mengusik Fazley sambil mengatakan bahawa ‘Talk To My Manager’ bakal bertukar menjadi ‘Talk To My Wife’.

Advertisement

“Talk to my manager will turns to talk to my wife.

“Hahahah ready abang ek,” tulisnya berseloroh.

Gurauan tersebut nyata meraih perhatian ramai memandangkan DSV dan Fazley mula berkenalan dan rapat menerusi program realiti terbitan Astro iaitu Talk To My Manager musim kedua.

Advertisement

Terdahulu, Cef Selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri tumpuan selepas melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di 11.11 Mega Stock Live Concert.

Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown.

Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus untuk DSV, sekali gus menjadikannya simbolik kepada keistimewaan wanita tersebut di mata Fazley.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement