Penyanyi, Nadeera Zaini meluahkan penghargaan dan sokongan padu kepada bintang program Talk To My Manager iaitu Ahmad Dayyan.
Melalui satu hantaran di media sosial, Nadeera mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Dayyan atau lebih mesra dengan panggilan Amad dan pengurusnya, Siti Sairah atas peluang dan kepercayaan untuk berduet bersama di pentas akhir rancangan tersebut.
Advertisement
“Terima kasih pada @amaddayyan dan @sitinursairahtarudin atas kepercayaan yang diberikan untuk berduet bersama-sama dengan
Nadeera pada malam Grand Final Talk To My Manager,” coretnya.
Walaupun keputusan akhir tidak memihak kepada Amad, namun Nadeera tetap menyatakan rasa bangga dan kagum terhadap usaha Amad untuk meneruskan persembahan.
Tambah Nadeera lagi, dia percaya bahawa Amad telah memberikan segalanya yang termampu walaupun keadaan dirinya yang tidak mengizinkan ketika itu.
“Congratulations Amad for making it to the grand final. Amad tetap juara di hati Kak Nad dan semua peminat.
“Kak Nad percaya Amad dah buat yang terbaik, sebaik yang Amad mampu. Semoga Amad terus berjaya dan success dalam industri. All the best adik,” tulisnya.
Terdahulu, beberapa minit sebelum memulakan persembahan, Amad kelihatan kurang sihat selain sempat menyebut ‘sakit’ sebelum cuba ditenangkan oleh ibu serta pihak produksi.
Malah Ahmad difahamkan pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir bersama penyanyi Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita untuk konsert Grand Finale.
Menurut pihak produksi, Ahmad kini dalam keadaan baik-baik sahaja dan disahkan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Sekadar info, Siti Sairah dan Amad berjaya menduduki tangga keenam dengan markah 52.17 peratus menerusi persembahanya yang membawakan lagu Cinta Kerana Cinta (Judika) dan Bukan Lagi Kita bersama Nadeera Zaini.