Bintang Talk To My Manager (TTMM), Ahmad Dayyan menyorot perhatian tiba-tiba pengsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir bersama penyanyi Nadeera Zaini.
Anak lelaki kepada Siti Sairah itu dilihat tidak bermaya sebelum dibawa ke belakang pentas untuk mendapatkan rawatan.
Advertisement
Kejadian tersebut turut mencemaskan Siti Sairah yang kelihatan sebak dan hampir menitis air mata sambil ditenangkan oleh rakan-rakan pengurus lain.
Sebelum itu, beberapa minit sebelum memulakan persembahan, Amad kelihatan kurang sihat selain sempat menyebut ‘sakit’ sebelum cuba ditenangkan oleh ibu serta pihak produksi.
Bagaimanapun, Amad kembali ke pentas dalam keadaan masih mengesat air mata dan meneruskan persembahan dengan penuh semangat menerusi lagu Cinta Kerna Cinta nyanyian asal Judika.
Pengacara TTMM, Datuk Aznil Nawawi dilihat turut memberi suntikan semangat kepada Amad dan bertanya sama ada dia mahu meneruskan persembahan atau tidak.
Selain Amad, lima lagi peserta iaitu Thalita,Marsya, Hadie, Ammar dan Auddra turut berentap merebut gelaran juara musim ini.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.