Selepas lapan minggu berentap, pentas Talk To My Manager (TTMM) menyasikan pasangan anak beranak, Liza Hanim X Marsya dinobat sebagai juara.
Hasil kemenangan tersebut telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.
Tempat kedua disandang oleh Shuib X Thalita yang membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala Sharifah Shahirah X Audra berada di tempat ketiga membawa pulang RM10,000 dan trofi.
Sementara itu, Ameng X Ammar serta Ina Naim X Hadie memenangi tempat keempat disusuli di tempat kelima dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi.
Manakala Siti Sairah X Amad, meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, RM3,000 berserta trofi.
Advertisement
Senarai penuh penuh pemenang Talk To My Manager:
Juara: Liza Hanim X Marsya
Naib Juara: Shuib X Thalita (Manager Artis Paling Banyak Drama Tapi Perform)
Tempat Ke-3:Sharifah Shahirah X Audra (Manager Artis Paling Entertaining)
Tempat ke-4: Ameng X Ammar (Manaager Artis Paling Tenang Walau Dunia Bergolak)
Tempat ke-5: Ina Naim X Hadie (Manager 24/7 Kena Usik Tapi Reda)
Tempat ke-6: Siti Sairah X Amad (Manager Artis Paling Viral Di FYP)
Gempak Most Valuable Manager: Sharifah Shahirah / Voucher RM2,000
TTMM The Grand Finale dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 8 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.