Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager: Penerbit Kongsi Keadaan Terkini Amad - “Good To See Amad Again”

 Talk To My Manager: Penerbit Kongsi Keadaan Terkini Amad

Penerbit Eksekutif program realiti popular Talk To My Manager, Daud Mahadi, berkongsi perkembangan terkini bintang rancangan tersebut iaitu Ahmad Dayyan atau lebih dikenali sebagai Amad.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi Insta Story miliknya yang memaparkan rakaman pendek suasana makan malam santai di sebuah restoran.

Advertisement

Dalam video berkenaan, Amad dilihat bersama ibunya, penyanyi Siti Sairah, suaminya serta beberapa individu penting industri termasuk Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, dan penerbit Ain Farikh.

“Good to see Amad again,” tulis Daud ringkas di kapsyen.

Menerusi rakaman itu, Amad kelihatan sihat, ceria dan tersenyum sewaktu berbual bersama Daus dan tetamu yang hadir, sekali gus mengubat rindu peminat yang menanti perkembangannya.

Terdahulu, Amad sebelum ini mengejutkan peminat  apabila secara tiba-tiba jatuh sakit dan rebah di atas pentas ketika sesi persembahan secara langsung pada malam Grand Finale TTMM.

Insiden tersebut mengejutkan ramai pihak dan menimbulkan kebimbangan tentang tahap kesihatannya.

Must-Watch Video

Advertisement