Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager: Persembahan Hebat Dah Macam Final! Tiada Penyingkiran Di Minggu Separuh Akhir

Talk To My Manager: Tiada Penyingkiran Di Minggu Separuh Akhir

Minggu separuh akhir Talk To My Manager (TTMM) menyaksikan tiada penyingkiran dan keenam-enam bintang iaitu Marsya (Liza Hanim), Ammar (Ameng Spring), Amad (Siti Saerah), Thalita (Shuib), Hadie (Ina Naim) dan Auddra (Sharifah Shahirah) mara ke final.

Minggu ini menyaksikan Marsya yang mendendangkan lagu Hatinya Tak Tahan nyanyian asal ratu etnik negara, Noraniza Idris berjaya menduduki tangga pertama.

Advertisement

Tempat kedua pula menjadi milik Ammar dan tangga ketiga pula dimilik oleh Amad.

Manakala kedudukan tiga terbawah pula adalah Thalita, Hadie dan Auddra.

Bagaimanapun jangan salah sangka, walaupun berada di kedudukan terbawah, namun ketiga tiga mereka telah memberikan persembahan hebat yang memukau.

Boleh dikatakan persembahan minggu separuh akhir yang dibawakan oleh kesemua bintang hampir menyerupai pentas akhir TTMM.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal manakala juri jemputan pula adalah penyanyi hebat, Misha Omar.

Saksikan konsert Talk To My Manager setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Must-Watch Video

Advertisement