Bintang Talk To My Manager (TTMM), Ahmad Daiyan akui tidak terasa hati dengan komen juri jemputan iaitu Misha Omar selepas mempersembahkan lagu Apokalis nyanyian asal Datuk M Nasir.
Menurut Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Amad, dia menganggapnya komen itu sebagai satu bentuk motivasi untuk meningkatkan mutu persembahannya.
Advertisement
“Alhamdullah saya berasa lega dapat masuk peringkat akhir TTMM, dan syukur kondisi saya pun sudah sihat.
“Saya tak tidur sebab saya nak menghafal lirik lagu itu dan saya nak buat persembahan betul-betul.
“Bercakap mengenai komen juri, saya tidak terasa pun dengan komen kak Misha Omar sebab saya fikir itu perkara yang positif dan mahu bangkitkan semangat yang baru,” ujarnya.
Amad berkata demikian ketika ditemui selepas konsert separuh akhir program Talk To My Manager yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.
Jelas Amad lagi, komen Misha mungkin berpunca daripada ketidaksesuaian lagu Apokalips dengan karakter dan genre vokalnya yang lebih cenderung kepada balada.
“Pada saya, kak Misha komen mungkin berdasarkan karakter saya sahaja sebab karakter saya bukan dengan lagu itu.
“Lagi satu mungkin kak Misha tengok saya menyanyi bukan dengan genre lagu Apokalips, tetapi lebih kepada balada,” jelasnya.
Dalam pada itu, pengurus yang juga merupakan ibunya iaitu Siti Saerah turut meluahkan rasa bangga dengan usaha dan pencapaian Amad yang berjaya melangkah ke pentas akhir TTMM.
“Sebenarnya lagu Apokalips ini adalah cabaran untuk Amad, tetapi saya berasa bangga sebab anak saya sudah buat yang terbaik, insya-Allah.
“Alhamdulillah diberikan rezeki hingga ke final, kami akan pastikan yang kami akan ‘mengenyangkan anda semua,” ujarnya.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal manakala juri jemputan pula adalah penyanyi hebat, Misha Omar.
Saksikan konsert Talk To My Manager setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.