Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Tampil Dengan Imej Baharu, Afiq Sky ALPHA Dedah Simbolik Warnakan Rambut ‘Full Blonde’

Astro Gempak 562

Sekilas

  • Afiq Sky dari kumpulan M-Pop ALPHA tampil dengan imej rambut perang sebagai simbol fasa baharu dalam perjalanan seni mereka.
  • Pelancaran album studio pertama ALPHA, The First Wave, menandakan pencapaian penting selepas setahun mencipta fenomena dalam industri M-Pop tempatan.
  • Kumpulan ALPHA juga mengumumkan konsert sulung mereka, The First Wave, yang dijadualkan berlangsung pada September depan.
Advertisement

Tampil dengan imej baharu berambut perang atau full blonde, anggota kumpulan M-Pop ALPHA, Afiq Sky menjelaskan perubahan tersebut dibuat sempena fasa baharu dalam perjalanan seninya.

Menurut Sky, pelancaran album studio pertama kumpulan itu menjadi detik istimewa yang mahu diraikan dengan penampilan berbeza berbanding sebelum ini

Advertisement

“Saja nak warna perang sebab bagi saya untuk pelancaran album ini, ia adalah satu permulaan baharu buat saya.

“Macam semua rasa, album adalah impian setiap penyanyi,” katanya.

Sky berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi pelancaran album studio pertama ALPHA yang berjudul The First Wave di Pavilion Damansara Heights, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Advertisement

Tambahnya, peluang melancarkan album sulung bersama ALPHA mengimbau kembali perjuangannya ketika mengadakan persembahan jalanan bersama bapanya suatu ketika dahulu.

“Impian saya dari awal dulu masa buat busking dengan ayah saya.

“Saya pernah cakap saya nak kumpul duit busking ini sikit-sikit untuk keluarkan album.

“Jadi bila dapat peluang ini, saya rasa saya nak buat satu ‘comeback’ yang baharu dengan imej yang berbeza,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, selepas setahun mencipta fenomena tersendiri dalam arena M-Pop tempatan, ALPHA meraikan satu lagi pencapaian penting menerusi pelancaran album studio penuh pertama mereka berjudul The First Wave.

Dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky, ALPHA terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan lelaki paling menonjol dalam industri hiburan tempatan menerusi identiti muzik yang segar, persembahan bertenaga serta sokongan peminat yang semakin berkembang dari hari ke hari.

Terdahulu, kumpulan tersebut turut mengejutkan peminat apabila diumumkan bakal mengadakan konsert sulung The First Wave pada September depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement