Skip to main content

Hiburan

Tampilkan Aubrey Suwito Sebagai Pengarah Muzik, Noh Salleh Bakal Tampil Dengan Konsert Okestra Berskala Besar

Noh Salleh

Sekilas

  • Noh Salleh akan mengadakan konsert solo orkestra berskala besar bertajuk Cadenza of the Soul pada 8 November di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
  • Konsert ini menampilkan lagu-lagu ikonik Noh dalam susunan muzik baharu oleh komposer terkenal Aubrey Suwito.
  • Tiket dijual mulai 5 Ogos 2026 dengan harga RM188 hingga RM788, termasuk pakej VVIP dan VIP dengan keistimewaan tersendiri.
Advertisement

Selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik tempatan, penyanyi dan komposer, Noh Salleh bakal tampil dengan konsert solo orkestra berskala besar menerusi Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra pada 8 November depan.

Konsert yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur itu akan menyaksikan karya-karya ikonik Noh dipersembahkan dalam susunan muzik baharu hasil sentuhan komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

Advertisement

Antara lagu yang dijangka dipersembahkan dalam versi okrkestra yang lebih eksklusif termasuklah Angin Kencang, Rahsia Tuhan, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam.

Meskipun pernah mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas pada November tahun lalu, penganjuran kali ini boleh diklasifikasikan sebagai konsert solo orkestra berskala besar pertamanya.

Menurut wakil penganjur CK Star Entertainment dan Altus Prohouse, konsert itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik, sebaliknya menjadi penghargaan terhadap perjalanan seni Noh sepanjang lebih 20 tahun berkarya.

“Lebih daripada sekadar sebuah konsert, Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra merupakan sebuah penghormatan terhadap perjalanan seni Noh Salleh yang menggabungkan elemen muzik, penceritaan dan emosi dalam satu malam yang diraikan bersama para peminat.

“Ia akan menjadi babak baharu buat suara yang sudah lama menemani anda tetapi bakal dipersembahkan dalam format yang tidak pernah anda dengar dan rasai sebelum ini.

“Dengan reputasi Aubrey Suwito sebagai antara pengarah muzik dan komposer paling disegani di Malaysia, kolaborasi ini dijangka menawarkan pengalaman konsert yang berbeza daripada persembahan Noh sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Aubrey mengakui dia tidak mengambil masa lama untuk menerima pelawaan menjayakan projek berkenaan kerana menganggap Noh sebagai seorang karyawan seni yang cukup berbakat.

“Saya tidak perlu berfikir dua kali untuk mengatakan ya dengan projek ini. Noh Salleh ialah seorang karyawan seni generasi kini yang cukup genius.

“Cadenza of the Soul akan menjadi sebuah perayaan muzik yang agung. Datang dan rayakan emosi anda pada 8 November ini di Idea Live Arena,” ujarnya.

Tiket konsert mula dijual pada 5 Ogos 2026, jam 12 tengah hari dengan harga bermula RM188 sehingga RM788.

Pembeli tiket VVIP turut menikmati sesi Meet & Greet bersama Noh Salleh, manakala pemegang tiket VIP akan menerima T-shirt konsert edisi terhad. Tiket boleh didapati menerusi Ticket2U dan Fantopia.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement