Skip to main content

Hiburan

Tanda Sokongan, Tiga Lelaki Botakkan Kepala Demi Rakan Pejuang Kanser - “Kau Tak Berseorangan”

Pejuang Kanser

Sekilas

  • Tiga sahabat di TikTok viral selepas mereka turut membotakkan kepala sebagai tanda sokongan kepada rakan yang sedang berjuang melawan kanser.
  • Tindakan solidariti ini dibuat tanpa ragu-ragu untuk menunjukkan bahawa rakan mereka tidak berseorangan dalam menghadapi rawatan kanser.
  • Video tersebut mendapat perhatian netizen yang terharu dengan ikatan persahabatan erat antara mereka.

Di TikTok, tular satu video memaparkan tiga orang sahabat yang menemani seorang rakan mereka di sebuah kedai gunting rambut.

Pada awal video yang dikongsikan @Amercater, dapat dilihat dia dan dua sahabatnya berdiri di belakang sambil memerhatikan seorang lagi rakannya yang ingin mendapatkan servis gunting rambut di kedai tersebut.

Sedang rakan mereka mendapatkan servis gunting rambut, Amer dan dua rakannya yang berdiri di belakang turut membuat keputusan untuk turut membotakkan kepala mereka.

Difahamkan, tindakan itu sebagai satu bentuk sokongan dan kata-kata semangat buat rakan mereka yang sedang berjuang dengan penyakit kanser.

“Walaupun kawan kami ini kata jangan tapi ini adalah tanda solidariti kami buatnya yang kini sedang berjuang melawan kanser.

“Dia sedang berjuang dan ketika ini sedang mendapatkan rawatan. Tindakan kami ini adalah untuk memaklumkan padanya bahawa dia tidak berseorangan.

“Kepada dua sahabat saya, terima kasih kerana bersetuju untuk mencukur kepala tanpa berfikir panjang bagi menunjukkan rasa cinta dan sokongan buat rakan saya yang sangat memerlukan sokongan,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya tular dan menyentuh hati warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan terharu melihat ikatan persahabatan empat sekawan itu.

“Apa ni buat orang menangis dekat mamak pagi-pagi?

“Saya baru ja nak tidur, tapi tengok video ini terus nangis,” komen netizen.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement