Sekilas
- Maryam Younarae berkongsi pengalaman ketika sarat mengandung yang mencetuskan ketegangan apabila anak mereka, Rina, enggan mandi dan suaminya, Ryzal Ibrahim, hilang sabar.
- Ryzal mengakui pengalaman itu membuka matanya tentang cabaran sebenar menjadi bapa dan mengakui tindakannya memegang Rina dengan kasar adalah kesilapan besar.
- Ryzal telah memohon maaf selama tiga bulan dan masih sedih apabila Rina mengingati insiden tersebut setahun kemudian.
Pasangan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae mengimbau kembali satu kejadian yang cukup memberi kesan kepada mereka sebagai ibu bapa melibatkan anak perempuan mereka, Rina.
Maryam Younarae imbau insiden ketika sarat mengandung yang tercetus semasa mengurus Rina
Menerusi podcast Kopi Kids, Maryam berkongsi kisah ketika dia sedang sarat mengandung anak kedua dan pulang dari kerja dalam keadaan penat.
Menurut Maryam, dia ketika itu meminta Ryzal memandikan Rina, namun anak mereka enggan berbuat demikian sehingga menyebabkan suaminya hilang sabar.

“Ketika itu saya tengah sarat mengandung, saya balik kerja, penatlah. Jadi, minta suami mandikan Rina. Rina tak nak, dia degil. Ryzal tak jadi mandikan.
“Saya mandikan Rina… saya marah kat dia (Ryzal) ‘kenapa saya tengah mengandung, penat kerja, balik rumah...’ dia (Ryzal) jadi serabut.
“Lepas itu, dia ambil Rina dan paksa mandi… ada sedikit kekerasan la,” kongsi Maryam.
Ryzal Ibrahim akui insiden itu membuka matanya tentang cabaran sebenar menjadi bapa
Mengimbas kembali kejadian tersebut, Ryzal mengakui pengalaman itu banyak mengajarnya tentang cabaran sebenar menjadi seorang bapa.
Katanya, walaupun dia pernah menjaga kanak-kanak sebelum berkahwin, pengalaman menjaga anak sendiri ternyata jauh berbeza.
“Itu yang memberi pengalaman kepada saya sebagai bapa. Memang sebelum kahwin saya pernah jaga anak orang, jaga adik kecil… ada la ciri-ciri seorang bapa.
“Cuma bezannya bila kita ada anak sendiri kan, lain. Walaupun kita suka budak-budak, bila jaga itu lain. Sebab dengan anak ni 24 jam.
“Saya pernah jaga Rina masa umur dia enam bulan, waktu itu Maryam kerja. Rina punya meragam, bangun tidur, marah, susu tak nak.
“Jadi, benda itu saya dah pendam lama. Jadinya, bila budak degil, datanglah (kemarahan),” katanya.
Ryzal Ibrahim menyesal pegang Rina dengan kasar dan anggapnya kesilapan besar
Ryzal bagaimanapun mengakui dirinya kesal dengan tindakan tersebut dan sedar bahawa kemarahan terhadap anak perlu dielakkan.
Menurutnya, dia bukan memukul atau menolak Rina, namun mengakui tindakannya memegang anak dengan agak kasar tetap merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita pun kalau boleh tak nak marah anak. So benda-benda macam tu, dia memberi pengalaman. Bila kita rasa macam, ‘Oh, aku dah betul-betul melampau batas’.
“Bukannya kita pukul, tak. Bukan kita tolak, tak. Kita cuma pegang dia dengan keras. Benda tu kalau boleh elak. Tiga bulan saya minta maaf.
“Setahun lepas kejadian, dia (Rina) ingat tau. Rina cakap ‘tapi Appa marah Rina masa mandi’. Saya menangis. Dia pandang tempat lain, saya menangis.
“Cerita dekat Maryam, saya menangis. Sebab saya sayang anak saya, tapi dia ingat apa yang saya buat, tu yang jadi saya sedih… itu yang buat saya rasa ini kesilapan besar,” ujarnya.
Soalan Lazim (FAQ)
Dalam platform apa Maryam Younarae berkongsi kisah kejadian itu?
Menerusi podcast Kopi Kids, Maryam berkongsi kisah ketika dia sedang sarat mengandung anak kedua dan pulang dari kerja dalam keadaan penat.
Apa yang mencetuskan ketegangan antara Ryzal Ibrahim dan Rina ketika kejadian itu berlaku?
Menurut Maryam, dia ketika itu meminta Ryzal memandikan Rina, namun anak mereka enggan berbuat demikian sehingga menyebabkan suaminya hilang sabar.
Apa yang Ryzal Ibrahim jelaskan tentang tindakannya terhadap Rina?
Menurutnya, dia bukan memukul atau menolak Rina, namun mengakui tindakannya memegang anak dengan agak kasar tetap merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Berapa lama Ryzal Ibrahim meminta maaf selepas kejadian tersebut?
“Bukannya kita pukul, tak. Bukan kita tolak, tak. Kita cuma pegang dia dengan keras. Benda tu kalau boleh elak. Tiga bulan saya minta maaf.
Bila Rina kembali mengingati kejadian itu menurut Ryzal Ibrahim?
“Setahun lepas kejadian, dia (Rina) ingat tau. Rina cakap ‘tapi Appa marah Rina masa mandi’. Saya menangis. Dia pandang tempat lain, saya menangis.
Sumber - Threads