Skip to main content

Hiburan

Tarikh Nikah Menjadi Teka-Teki, Syed Saddiq Mahu 'Kunci Mulut' Dulu - "Ikut Niat Saya Memang Nak..."

Astrogempak Bella Astillah (2)
Advertisement

Selepas selesai mengikat tali pertunangan bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh bahagia untuk mereka berdua.

Jelas Syed Saddiq, segala perancangan kini sedang berjalan diantara bersama kedua-dua belah keluarga.

Advertisement

“Itu di antara kami berdua dan keluarga. Cuma kalau ikut niat saya memang nak selesaikan tahun ini.

“InsyaAllah pada tahun ini, tarikhnya nanti kami umumkan. Jadi sementara itu ada masa untuk saya bermesra dengan keluarga Bella,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut memberi bayangan bahawa tarikh majlis berkenaan sudah pun dikenal pasti, namun masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.

“Sedang dalam perbincangan. Tarikh itu dah ada dah rasanya. Nanti kami akan maklumkan kepada semua,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga serta sahabat rapat.

Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun menggayakan busana berwarna sage green rekaan Atelia Amani, menyerlahkan pesona sebagai bakal pengantin.

Majlis pertunangan itu turut menyaksikan pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq, melambangkan kesepakatan antara kedua-dua belah keluarga.

Perkongsian daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini jelas menunjukkan bahawa hubungan yang dibina bukan sahaja berlandaskan cinta, malah turut mengutamakan nilai kekeluargaan dalam melangkah ke alam perkahwinan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement