Skip to main content

Selebriti

Taufiq Hanafi Teringin Berlakon Watak Romantik, Tidak Terikat Peranan Berseragam - “Tak Ada Ke Direktor Nak Cuba, Muka Macam Ni Tak Boleh…”

Taufiq nak cuba watak romantik

Sekilas

  • Pelakon Taufiq Hanafi mahu mencuba watak lebih ringan seperti romantik dan komedi, bukan hanya peranan berseragam yang sering ditawarkan kepadanya.
  • Dia risau penerbit dan pengarah melihatnya hanya sesuai dengan watak tertentu, menyebabkan peluang lakonan terhad.
  • Netizen memberi sokongan dan galakan supaya Taufiq terus berusaha dan tidak berputus asa dalam kerjaya lakonannya.

Pelakon, Taufiq Hanafi meluahkan hasrat untuk mencuba watak yang berbeza dalam karier lakonannya dan tidak mahu terikat hanya dengan peranan berseragam yang sering ditawarkan kepadanya.

Taufiq yang meluahkan hasrat tersebut menerusi hantaran di platform Threads berkata dia teringin untuk membawa karakter yang lebih ringan seperti watak romantik, bercinta atau pun komedi, meskipun menyedari raut wajahnya sering dikaitkan dengan karakter beruniform

“Teringin lah nak bawak watak bercinta ke, romantik ke, kelakar ke. Walaupun muka aku muka sarung uniform je,” luahnya.

Bagaimanapun dalam hantaran yang sama, Taufiq juga meluahkan rasa bimbang sekiranya peluang yang diterimanya itu agak kurang berkemungkinan berpunca daripada perspektif penerbit dan pengarah yang melihat dirinya hanya sesuai dengan watak tertentu.

“Tak ada ke producer ke director ke nak mencuba. Muka macam ni tak boleh watak macam tu dimata mereka.

“Ke penerimaan orang ramai yang tak boleh terima?,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen membalas hantaran Taufiq dengan memberikan kata-kata semangat untuk tidak berputus asa dengan hasratnya.


 


Sebelum ini, Taufiq pernah meluahkan rasa kebimbangan mengenai perjalanan kerjaya lakonannya menjelang tahun 2026, namun tetap meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Malah Taufiq juga pernah dilihat berusaha berkongsi resume di sosial media bagi mendapatkan peluang lakonan di dalam industri seni Malaysia.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement