Skip to main content

Hiburan

Tawar Servis Video Reviu Dengan Harga RM100, Netizen Ingat Syada Amzah Terdesak Nak Duit - “Niat Saya Sebenarnya Lebih Kepada…”

Syada Amzah

Sekilas

  • Syada Amzah menjelaskan tawaran servis video reviu pada harga RM100 adalah untuk membantu restoran dan kafe lama buat promosi Ramadan, bukan kerana masalah kewangan.
  • Harga rendah itu disalah tafsir oleh netizen yang menganggap Syada sedang terdesak memerlukan wang.
  • Syada menegaskan niatnya adalah sebagai tanda sokongan kepada pelanggan lama dengan menyiarkan promosi mereka sebelum dan semasa Ramadan.
Advertisement

Penyanyi Syada Amzah tampil menjelaskan salah faham segelintir netizen selepas menawarkan servis video reviu pada harga serendah RM100 khusus buat restoran, kafe dan kedai makan yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

 

Advertisement

Perkongsian tersebut bagaimanapun disalah tafsir apabila ada yang menganggap adik kepada penyanyi Shila Amzah itu sedang berdepan masalah kewangan.

 

Seorang netizen meninggalkan komen, mendakwa harga rendah itu seolah-olah menunjukkan Syada terdesak memerlukan wang.

 

“Harga serendah ini bermakna anda benar-benar memerlukan wang, harap semuanya baik-baik sahaja di pihak anda,” tulis individu berkenaan.

 

Tidak berdiam diri, Syada menegaskan niatnya hanyalah untuk membantu klien lama membuat promosi sempena Ramadan, bukannya kerana masalah kewangan.

 

Menurutnya, pakej harga istimewa itu sebagai tanda sokongan kepada peniaga yang pernah menggunakan khidmatnya sebelum ini.

 

“Hei, ia tidaklah teruk sangat pada pihak saya. Alhamdulillah, niat saya sebenarnya lebih kepada membantu pelanggan saya yang terdahulu.

 

“Kerana saya akan menyiarkannya 10 hari sebelum Ramadan dan 20 hari semasa Ramadan. Jadi, saya akan lebih banyak membantu mereka mempromosikan promosi Ramadan mereka,” jelasnya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement