Skip to main content

Hiburan

Tawaran Berlakon Ada, Arja Lee Belum Dapat Terima Kerana…. - “Mohon Maaf…”

Tawaran Berlakon Ada, Arja Lee Belum Dapat Terima Kerana…. - “Mohon Maaf…”

Sekilas

  • Pelakon Arja Lee mengakui rindu untuk kembali berlakon tetapi kini memberi keutamaan kepada pengajian PhD dan komitmen di Kota Bharu.
  • Sejak Anugerah Seri Angkasa lalu, Arja menerima beberapa tawaran lakonan dan menghargai sokongan yang diterima.
  • Arja berharap dapat kembali berlakon suatu hari nanti dan meminta orang ramai mendoakannya.
Advertisement

Pelakon Arja Lee mengakui merindui dunia lakonan, namun belum dapat menerima tawaran kerana memberi keutamaan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) serta komitmen lain di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi perkongsian di Threads, Arja berkata, beberapa tawaran diterima sejak acara Anugerah Seri Angkasa (ASA) lalu dan dia menghargai pihak yang masih mengingatinya.

Advertisement

“Salam Jumaat yang mulia. Sejujurnya, saya sangat rindu berlakon dan kembali muncul di kaca televisyen anda.

“Sejak ASA yang lalu, alhamdulillah, beberapa tawaran telah hadir. Terima kasih kerana mengingati saya dan atas setiap peluang yang diberikan. Ia sangat bermakna!” tulisnya.

Bagaimanapun, Arja menjelaskan tumpuannya ketika ini perlu diberikan kepada pengajian dan tanggungjawab sedia ada.

Advertisement

“Namun, buat masa ini saya perlu memberi keutamaan kepada pengajian PhD dan komitmen lain di Kota Bharu.

“Mohon maaf kerana belum dapat memenuhi jemputan buat masa ini,” katanya.

Dalam masa sama, Arja menyuarakan hasrat untuk kembali berlakon apabila berpeluang, selain meminta orang ramai mendoakannya.

“Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan kembali! Teruskan mendoakan saya. Tidak sabar untuk bertemu anda semua lagi,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Must Watch Video

Advertisement