Skip to main content

Hiburan

Tayang Cincin Di Jari Manis, Dr Fie Sahkan Dah Bertunang - “Belum Bersedia Nak…”

Tayang Cincin Di Jari Manis, Dr Fie Sahkan Dah Bertunang - “Belum Bersedia Nak…”

Sekilas

  • Dr. Fie mengesahkan dirinya sudah bertunang selepas berkongsi foto serba putih dan cincin di jari manis yang menarik perhatian ramai.
  • Beliau memilih untuk merahsiakan identiti bakal suaminya sehingga hari pernikahan kelak.
  • Dr. Fie sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Nubhan dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada Disember 2025.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Dr Fie mengesahkan dirinya sudah bertunang sejak 6 Ogos lalu namun baru hari ini berkongsi foto majlis tersebut kepada umum.

Perkara tersebut disahkan sendiri Dr. Fie atau nama sebenarnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 37, ketika ditanya mengenai status terbaharu dirinya.

Advertisement

“Ya, Fie dah bertunang,” katanya ringkas kepada Gempak.

Bagaimanapun, Dr.Fie belum bersedia mendedahkan identiti bakal suaminya kepada umum dan memilih untuk menyimpan perkara tersebut sehingga tiba hari pernikahan kelak.

“Setakat ini belum bersedia nak reveal bakal suami lagi.

Advertisement

“Insya-Allah kahwin nanti lah. Akad nikah,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi sosial media, Dr. Fie berkongsi foto mengenakan busana serba putih sambil memegang jambangan bunga dengan latar belakang dekorasi pelamin.

Dalam perkongsian sama, sebentuk cincin turut kelihatan di jari manisnya.

Dr. Fie turut berkongsi hadiah istimewa yang diterimanya daripada Ustaz Khairul Anuar Basri selain menitipkan kata-kata mengenai proses memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.

“Sama-sama kita perbaiki diri, insya-Allah. Allah melayan kita dengan cinta-Nya yang tidak bersyarat.

“Semakin kita belajar mengenali diri dan semakin kita mendekati Allah, pasti kita akan menerima semula kasih sayang yang lebih tulus daripada-Nya,” tulisnya.

Malah, menerusi kapsyen sama, Dr. Fie terlebih dahulu memberi bayangan mengenai pertunangannya ketika mengucapkan terima kasih atas hadiah yang diterima.

“Terima kasih ustaz untuk hadiah yang sungguh istimewa ini. Kantoi pula dengan dia beberapa bulan lalu masa tunang Fie buatkan hadiah untuk Fie.

“Allahu… tapi yang penting dapat hadiah best,” katanya.

 

 Terdahulu, Dr. Fie mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada Ogos 2015 sebelum bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.

 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Anda mungkin berminat dengan

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement