Skip to main content

Hiburan

Tayangkan Kembali Akademi Fantasia? Heliza Helmi Tolak Cadangan Netizen - "Janganlah..."

Akademi Fantasia

Ringkasan AI

  • Heliza Helmi menolak cadangan untuk menyiarkan semula program realiti Akademi Fantasia kerana ramai peserta sudah berhijrah.
  • Adik Heliza, Hazwani Helmi, turut bersetuju agar program tersebut tidak ditayangkan kembali, terutama bahagian kakaknya.
  • Rata-rata peminat dalam ruangan komen menyokong pendapat Heliza mengenai penolakan tayangan semula AF.
  • Permintaan untuk menyiarkan semula arkib AF mula mendapat perhatian netizen yang berkongsi kenangan menonton program itu.
  • Akademi Fantasia mula disiarkan pada 2003 dan telah melahirkan ramai bintang besar tanah air seperti Vince, Zahid, Mawi, Stacy dan Hafiz Suip.

Penyanyi dan aktivis kemanusia, Heliza Helmi menolak cadangan untuk menyiarkan kembali program realiti hiburan, Akademi Fantasia (AF). 

Menerusi hantaran di platform Threads, Heliza menolak permintaan peminat program berkenaan disebakan ramai peserta sudah pun berhijrah. 

“Janganlah, ramai dah berhijrah. Jangan ditayang semula,” tulisnya. 

Dalam pada itu adik Heliza iaitu Hazwani Helmi juga bersetuju untuk tidak program berkenaan tidak disiarkan kembali atau bahagian kakaknya tidak ditayangkan. 

“Alamak.. except kakja punya part jgn tu kisah lamaaa,” kongsi Hazwani. 



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh penyanyi tersebut. 



Terdahulu, seorang pengguna Threads tampil menulis satu ciapan membuat permintaan agar pihak Astro menyiarkan semula arkib bagi program tersebut.

Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen yang turut berkongsi kenangan mereka menonton program AF.

Malah, ramai yang bersetuju sekiranya pihak Astro menyiarkan semula program yang sudah menjadi sebahagian kepada memori remaja mereka.

Untuk rekod, Akademi Fantasia mula disiarkan pada tahun 2003 dan melahirkan ramai bintang besar tanah air seperti Vince, Zahid, Mawi, Stacy, Hafiz Suip dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement