Skip to main content

Hollywood

Taylor Swift Nak Majlis Kahwin 3 Hari 3 Malam, Mahu ‘Lautan Bunga’

taylor_bunga

Sekilas

  • Taylor Swift dan Travis Kelce merancang majlis perkahwinan selama tiga hari tiga malam di kediaman mewah Swift di Pulau Rhode.
  • Majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga dan teman terdekat sahaja, tanpa kehadiran media.
  • Perkahwinan itu dijangka berlangsung pada 2026 dengan tema bunga yang romantik, dirancang oleh ibu kedua-dua pasangan.

Taylor Swift dan tunangnya, Travis Kelce memang belum mengumumkan tarikh kahwin secara rasmi namun pasangan popular itu dikatakan sudah mempunyai rancangan ‘besar’ sempena detik bersejarah tersebut.

Sumber memberitahu, pasangan itu akan meraikan cinta mereka di mahligai mewah Swift di Pulau Rhode, lapor The Sun.

Laporan sama mendakwa Swift dan Kelce bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan meriah selama tiga hari tiga malam.

Mereka hanya akan mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman terdekat tanpa tetamu yang ramai atau dipenuhi media.

Lebih menarik, majlis mereka juga dirancang oleh ibu Swift, Andrea dan ibu Kelcem Donna. Kediaman mewah Swift akan berubah seperti ‘lautan bunga’ apabila pasangan itu memilih untuk ia dipenuhi dengan tema bunga termasuk bunga orkid, paeonia dan Hydrangea bersama floral bersifat romantik.

Swift dan Kelce mengumumkan pertunangan mereka pada 26 Ogos 2025. Mereka pertama kali mendedahkan percintaan pada Oktober 2023 dengan Swift hadir memberi sokongan dalam perlawanan bola Kelce. Pasangan ini dijangka berkahwin pada 2026.

Must-Watch Video

Advertisement