Skip to main content

Hollywood

Taylor Swift Sah Bergelar Isteri Travis Kelce, Sumbang RM110 juta Sebelum Kahwin

ASTRO GEMPAK taylor (2)

Sekilas

  • Taylor Swift dan Travis Kelce sah bergelar suami isteri dalam majlis eksklusif di Madison Square Garden, New York.
  • Majlis perkahwinan dihadiri ramai selebriti terkenal Hollywood dan menampilkan busana Christian Dior Haute Couture serta aksesori Cartier.
  • Pasangan ini turut menyumbang AS$26 juta kepada beberapa organisasi kebajikan sehari sebelum majlis berlangsung.
Advertisement

Penyanyi sensasi dunia Taylor Swift, 36, kini sah bergelar isteri kepada bintang bola sepak Amerika, Travis Kelce, 36, dalam sebuah majlis perkahwinan eksklusif yang berlangsung di Madison Square Garden, New York.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh wakil Taylor kepada People. Sebaik sahaja pasangan itu diumumkan sebagai suami isteri, skrin gergasi di luar Madison Square Garden memaparkan mesej ringkas namun mencuri perhatian: "JUST T&T MARRIED!"

Advertisement

Pemandangan tersebut disambut meriah oleh peminat yang berkumpul di kawasan tersebut selepas mengetahui idola mereka bakal melangsungkan perkahwinan di situ.

Menurut laporan sama, pasangan terkenal itu tidak memiliki pengapit lelaki dan wanita sebaliknya Swift menggunakan ‘khidmat’ adik lelakinya, Austin untuk menjadi Man of Honor sementara abang Travis, Jason menjadi ‘best man’. Adam Sandler turut memainkan peranan penting dalam majlis mewah tersebut.

Pasangan tersebut dilaporkan memilih busana rekaan khas Christian Dior Haute Couture hasil sentuhan Pengarah Kreatif Dior, Jonathan Anderson. Penyanyi itu turut melengkapkan penampilannya dengan kasut tempahan khas Christian Louboutin serta aksesori kemas daripada Cartier.

Advertisement

Majlis berkenaan turut menjadi tumpuan apabila dibanjiri ramai selebriti terkenal Hollywood dan industri muzik. Antara tetamu yang hadir termasuk Gigi Hadid bersama Bradley Cooper, Dakota Johnson, Ed Sheeran dan isterinya Cherry Seaborn, Ellie Goulding, Benson Boone, Maren Morris, Kelsea Ballerini, Miranda Lambert, The Chicks, Hugh Grant, Karlie Kloss dan Joshua Kushner, Zoë Kravitz, Jason Sudeikis, Ethan Hawke, Jimmy Fallon serta pereka fesyen Tommy Hilfiger.

Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Taylor dan Travis mengadakan makan malam latihan (rehearsal dinner) secara tertutup bersama ahli keluarga serta rakan rapat di Infosys Theatre yang terletak di dalam Madison Square Garden. Antara yang kelihatan menghadiri acara tersebut ialah Lena Dunham, Jack Antonoff, Abigail Anderson, Erin Andrews, Charissa Thompson, Greg Olsen dan Aric Jones, selain Selena Gomez yang sempat berkongsi foto glamor ketika dalam perjalanan ke lokasi.

Beberapa hari sebelum majlis berlangsung, Madison Square Garden dilaporkan menjalani transformasi besar-besaran. Beberapa lori dilihat membawa masuk pelbagai kelengkapan termasuk rumput, dekorasi dan kotak bertanda "Garden Party" serta "Mirror Ball", sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai persiapan majlis.

Malah sehari sebelum bergelar suami isteri, Taylor dan Travis turut mencuri perhatian apabila dilaporkan menyumbangkan sebanyak AS$26 juta (kira-kira RM110 juta) kepada beberapa organisasi kebajikan. Antara penerima sumbangan tersebut ialah Feeding America, ASPCA dan Dolly Parton's Imagination Library.

Untuk rekod, pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada 26 Ogos 2025 menerusi satu hantaran bersama di Instagram yang memaparkan momen romantik Travis melamar Taylor di sebuah taman. Taylor turut mempamerkan cincin pertunangan rekaan khas Travis bersama pereka Kindred Lubeck daripada Artifex Fine Jewelry, yang menampilkan berlian potongan old mine brilliant pada jalur emas.

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

Must Watch Video

Advertisement