Skip to main content
Advertisement

Hollywood

Taylor Swift & Travis Kelce Ada ‘Baby’ Baru, Pilih Anjing Jadi Anak Angkat Terkini

Taylor Swift & Travis Kelce Ada ‘Baby’ Baru, Pilih Anjing Jadi Anak Angkat Terkini

Sekilas

  • Taylor Swift dan Travis Kelce kini mempunyai anggota baru dalam keluarga mereka iaitu seekor anjing Samoyed bernama Wendy.
  • Anjing tersebut sudah mula muncul dalam kempen Tommy Hilfiger koleksi Musim Luruh 2026 bersama Kelce, menandakan kehadirannya dalam dunia selebriti.
  • Ini menarik kerana Swift terkenal sebagai pencinta kucing dengan beberapa kucing peliharaan yang juga pernah muncul dalam media dan kempen terkenal.
Advertisement

Selepas berbulan-bulan menjadi tanda tanya, Taylor Swift dan Travis Kelce akhirnya dilaporkan memiliki anggota baharu dalam keluarga kecil mereka.

Bukan kelahiran seorang anak tetapi pasangan itu diketahui telah mengambil seekor anjing Samoyed berbulu putih yang didakwa diberi nama Wendy sebagai anak angkat mereka.

Advertisement

Menurut laporan Forbes, pemain Kansas City Chiefs dan pemenang Grammy itu dipercayai sudah membawa pulang anjing comel berkenaan, sekali gus melengkapkan keluarga mereka yang sebelum ini lebih sinonim dengan kucing peliharaan Swift.

Walaupun Kelce tidak berkongsi sebarang butiran mengenai haiwan peliharaan baharu mereka, nama Wendy yang dikatakan dipilih itu mencetuskan spekulasi ia mungkin mempunyai kaitan dengan watak Wendy dalam Peter Pan.

Malah, Swift sendiri pernah merujuk watak tersebut menerusi lagu seperti Cardigan dan Peter.

E! News bagaimanapun masih belum menerima maklum balas daripada wakil keduanya berhubung dakwaan mengenai nama anjing berkenaan.

Menariknya, anjing tersebut kini sudah mula merasai kehidupan sebagai ‘anak selebriti’ apabila muncul bersama Kelce dalam kempen Tommy Hilfiger bagi koleksi Musim Luruh 2026.

Kemunculan tersebut berlaku hampir dua bulan selepas pasangan itu dilaporkan berkahwin di Madison Square Garden pada 3 Julai lalu.

Menurut foto yang diterbitkan Daily Mail, pasangan itu turut mempamerkan foto mereka bersama anjing berkenaan di kediaman mereka.

Ironi, kehadiran seekor anjing dalam kehidupan Swift juga dianggap menarik memandangkan penyanyi Karma itu sememangnya terkenal sebagai seorang ‘cat lady’.

Diketahui, Swift pernah memelihara beberapa ekor kucing termasuk Scottish Fold, Meredith Grey dan Olivia Benson, serta kucing Ragdoll bernama Benjamin Button.

Benjamin sendiri bukan asing dengan dunia glamor apabila pernah muncul di muka depan TIME Person of the Year pada 2023.

Malah, peminat turut mengenali kisah bagaimana Swift mula rapat dengan Benjamin ketika penggambaran video muzik ME! pada 2019.

Anda mungkin berminat dengan

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement