Skip to main content

Kpop

'Teach You A Lesson' Pecah Rekod, Atasi 'The Glory' Sebagai Drama Original Korea Paling Ditonton Di Netflix

ASTRO GEMPAK teachyou

Sekilas

  • Drama Korea Teach You a Lesson berjaya mengatasi The Glory sebagai drama original Korea kelima paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix dengan 46.6 juta tontonan.
  • Drama ini menduduki tangga pertama dalam senarai Global Top 10 Non-English TV Shows selama empat minggu berturut-turut dan tersenarai dalam kelompok 10 teratas di 75 negara.
  • Teach You a Lesson mengisahkan sebuah agensi kerajaan fiksyen yang melindungi hak guru dan menangani isu dalam sistem pendidikan.

Drama Korea Teach You a Lesson terus mencipta fenomena apabila berjaya mengatasi The Glory untuk muncul sebagai drama original Korea kelima paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.

AllKPop melaporkan carta mingguan Netflix Tudum mencatatkan drama arahan Hong Jong Chan itu sekali lagi menduduki tangga pertama dalam senarai Global Top 10 Non-English TV Shows bagi tempoh 22 hingga 28 Jun 2026.

Sepanjang minggu tersebut, Teach You a Lesson merekodkan sebanyak 7.3 juta tontonan, dengan jumlah itu dikira berdasarkan keseluruhan jam tontonan yang dibahagikan mengikut tempoh tayangan drama berkenaan.

Tidak berhenti di situ, drama yang diadaptasi daripada webtoon popular dengan judul sama itu itu juga berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu dunia selama empat minggu berturut-turut sejak mula ditayangkan.

Sehingga kini, Teach You a Lesson telah mengumpulkan lebih 46.6 juta tontonan, sekali gus mengatasi rekod The Glory yang sebelum ini mencatatkan 39.7 juta tontonan.

Drama siri tersebut turut mencuri perhatian penonton antarabangsa apabila tersenarai dalam kelompok 10 teratas di 75 negara dan wilayah, selain menduduki tangga pertama di enam pasaran termasuk Hong Kong, Jepun dan Indonesia.

Teach You a Lesson mengisahkan sebuah agensi kerajaan fiksyen yang ditubuhkan bagi melindungi hak guru. Jalan ceritanya memfokuskan kepada usaha anggota agensi tersebut membantu mangsa serta menangani pelbagai isu yang berlaku dalam sistem pendidikan.

Sementara itu, drama yang kini juga menjadi buah mulut, Agent Kim Reactivated berada di kedudukan ketiga carta Global Top 10 Non-English TV Shows dengan 6.6 juta tontonan.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

Must Watch Video

Advertisement