Skip to main content

Hiburan

Team TERBANG Menang ‘Challenge’ Lawan 3PE, Pak Azad, Nabil & Radin Kena Tunaikan Janji - “Kami Akan Tukar…”

Team TERBANG Menang ‘Challenge’ Lawan 3PE, Pak Azad, Nabil & Radin Kena Tunaikan Janji - “Kami Akan Tukar…”

Sekilas

  • Pasukan pelakon filem TERBANG berjaya menewaskan geng 3 Pagi Era (3PE) dalam cabaran tiga permainan yang disiarkan secara langsung di TikTok Era.
  • Kemenangan TERBANG menyebabkan 3PE perlu mempromosikan filem tersebut sepanjang hari dan menukar foto profil Instagram Era kepada poster filem itu.
  • Filem TERBANG yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.
Advertisement

Barisan pelakon filem TERBANG berjaya menewaskan geng 3 Pagi Era (3PE) dalam cabaran tiga permainan yang berlangsung pagi tadi.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi TikTok Era sekitar pukul 9.30 pagi itu menyaksikan Pak Azad, Nabil Ahmad dan Radin mewakili 3PE, manakala pasukan TERBANG antaranya dibarisi Irfan Zaini dan Zizan Razak.

Lebih menarik, kedua-dua pasukan turut bersetuju dengan ‘pertaruhan’ istimewa yang menyaksikan pihak kalah perlu menunaikan beberapa cabaran.

Sekiranya kemenangan berpihak kepada TERBANG, 3PE perlu mempromosikan filem tersebut secara habis-habisan sepanjang hari menerusi radio.

Malah, foto profil Instagram Era juga perlu ditukar kepada poster TERBANG sebagai sebahagian daripada cabaran.

Sebaliknya, sekiranya 3PE menang, Irfan atau Zizan Razak perlu menjadi pemandu mereka ke mana sahaja selama seminggu.

Bagaimanapun, selepas melalui tiga permainan, keputusan akhirnya memihak kepada pasukan TERBANG.

“Kami 3PE kami berpegang pada janji IG Era kami akan tukar profile picture, Pak Azad,Nabil, Radin, tahniah team TERBANG,” ujar Nabil selepas selesai dengan cabaran tersebut.

 

 Terdahulu, cabaran tersebut tercetus selepas Zizan mencabar geng 3PE untuk berentap dalam satu perlumbaan sempena promosi TERBANG.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain mengetengahkan semangat kerjasama pasukan dalam mengejar kejayaan.

Filem yang turut dibintangi Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Ruminah Sidek itu mula menemui penonton di pawagam seluruh negara hari ini termasuk dalam format 4DX.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

YONEX MACH 3 Series Badminton Shoes ( ADULT ) | TruShape | Hexa-Grip | Double Mesh

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

Must Watch Video

Advertisement