Skip to main content

Hiburan

Teaser Cecah 1.3 Juta Tontonan! ‘Andai Itu Takdirnya 2’ Drama Paling Dinanti Ramadan Ini

Andai Tiada Dia 2

Kemunculan semula drama Andai Itu Takdirnya nyata mencuri perhatian ramai selepas video teaser untuk musim kedua berjaya meraih 1.3 juta tontonan. 

Tidak hairanlah ia terus disebut sebagai antara drama paling ditunggu-tunggu Ramadan ini.

Dengan kesinambungan cerita yang lebih berani serta jalan penceritaan baharu yang segar dan penuh kejutan, drama ini dijangka tampil dengan konflik yang lebih mencabar emosi dan sarat dengan kejutan.

Ruangan komen pula dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen, ada yang tak sabar nak menonton, ada yang tertanya-tanya apakah konflik baharu bakal tercetus, malah ada juga yang berseloroh takut terbatal puasa kerana terlalu emosi sampai maki hamun depan skrin.

Keterujaan penonton jelas terpancar apabila ramai sudah mula membuat andaian dan bersedia menghadapi sambungan cerita yang dijangka lebih mencabar emosi berbanding sebelumnya.

Berbeza dengan musim pertama, musim kedua kali ini tidak diadaptasi daripada novel. 

Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Hariz Hamdan yang pernah membawakan watak Azhar dalam Andai Itu Takdirnya musim pertama, jalan cerita musim kedua hadir daripada idea segar karya Siti Rosmizah, penulis tersohor yang terkenal dengan drama-drama hit setiap Ramadan. 

Malah, sebelum ini karyanya Dia Imamku pernah mencetuskan fenomena dan menjadi bualan ramai pada tahun 2025.

Must-Watch Video

Advertisement