Skip to main content

Hiburan

Teaser Poster Bikin Penonton Tak Keruan, Ramai Tak Sabar Nak Tengok ‘Malaikat Malam’ - “Macam Ni Lah Level Yang Kita Mahu”

Malaikat Malam

Sekilas

  • Teaser poster filem Malaikat Malam yang baru dilancarkan mendapat sambutan hangat daripada peminat dunia permotoran dan penonton di Instagram Skop Production serta Astro Shaw.
  • Poster minimalis namun penuh aura itu berjaya mencetuskan jangkaan tinggi bahawa filem ini akan sarat dengan aksi yang mendebarkan.
  • Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol dan dijadualkan tayang di pawagam seluruh negara mulai 26 Mac 2026.

Baru seminggu dilancarkan, teaser poster bagi filem Malaikat Malam nyata berjaya membuatkan ramai peminat dunia permotoran mula tidak keruan dan menyuarakan rasa tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

Menerusi ruangan komen di Instagram Skop Production dan Astro Shaw, rata-rata penonton meluahkan rasa teruja malah menyifatkan kualiti poster yang ditampilkan sangat ‘garang’ dan penuh dengan aura.

Ada juga yang memuji bahawa meskipun konsep teaser poster itu hanya menggunakan elemen yang sangat minimal namun itu sudah cukup membuatkan penonton mula terbayang bahawa filem ini bakal sarat dengan elemen aksi yang penuh debaran.

Bukan itu sahaja, penonton turut menyuarakan rasa tidak sabar untuk menonton filem ini selepas melihat barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol yang membintangi filem ini.

[SS KOMEN NETIZEN]

Reaksi positif yang ditunjukkan ramai ini juga membuktikan perkembangan pesat dunia filem tempatan.

Sekadar info, Malaikat Malam dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac 2026 ini di pawagam berdekatan anda.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement