Skip to main content

Selebriti

Tegas Dengan Pendirian, Noor Kumalasari Pernah Tolak Tawaran Lakonan Lebih RM100,000 - “Saya Tak Sanggup Buka Tudung Demi…”

Tegas Dengan Pendirian, Noor Kumalasari Pernah Tolak Tawaran Lakonan Lebih RM100,000 - “Saya Tak Sanggup Buka Tudung Demi…”

Sekilas

  • Noor Kumalasari pernah menolak tawaran berlakon bernilai lebih RM100,000 kerana syarat membuka tudung.
  • Beliau teguh dengan prinsip tidak sanggup membuka hijab demi tawaran lumayan dan percaya rezeki datang dari Allah.
  • Noor Kumalasari juga berkongsi pengalaman menasihati pelakon muda yang menghadapi situasi sama supaya utamakan prinsip dan hubungan dengan Allah.
Advertisement

Seniwati, Noor Kumalasari mendedahkan pernah menolak tawaran berlakon dengan bayaran lumayan mencecah RM100,000.

Menurut Noor Kumalasari, 70, keputusan itu terpaksa dibuat kerana produksi meletakkan syarat dia perlu membuka tudung.

Advertisement

Tetap dengan pendiriannya, Noor Kumalasari menegaskan dia tidak sanggup menggadaikan prinsip untuk menanggalkan hijab hanya semata-mata untuk menerima tawaran lumayan itu.

“Saya pernah menerima tawaran besar untuk membintangi sebuah siri televisyen dengan bayaran lebih RM100,000, namun terpaksa menolaknya kerana diminta membuka tudung.

“Pihak produksi memberitahu, mereka mahukan saya tanpa hijab, tetapi saya tetap dengan pendirian. Saya tidak sanggup membuka tudung demi apa-apa tawaran kerana percaya rezeki datang daripada Allah,” ujarnya.

Noor Kumalasari berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tribute Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara bersama Datuk Yusof Haslam di FINAS, Hulu Langat, pada Khamis.

Advertisement

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Noor Kumalasari yang juga merupakan adik kepada penghibur terkenal Anita Sarawak itu turut menceritakan pengalaman bertemu seorang pelakon wanita yang berdepan situasi sama apabila diminta menanggalkan tudung demi menjayakan sebuah naskhah.

“Saya pernah bertemu seorang pelakon wanita muda yang baru berhijab dan meminta pandangan saya mengenai perkara sama.

“Saya menasihatinya supaya membuat keputusan sendiri kerana setiap orang mempunyai pendirian masing-masing.

“Bagi saya, apabila seseorang sudah memilih untuk berhijab dan semakin mendekatkan diri kepada Allah, dia perlu fikir sama ada sanggup mengorbankan prinsip tersebut demi wang.

“Pelakon muda itu akhirnya turut membuat keputusan sama meskipun terpaksa melepaskan watak berkenaan.

“Sekurang-kurangnya, dia berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana wang bukanlah segala-galanya dan hubungan dengan Allah jauh lebih penting,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Must Watch Video

Advertisement