Skip to main content

Hiburan

Teknologi AI Tiada Emosi, Idayu Pilih Kekalkan Sentuhan Manusia Dalam Karya Muzik - “Dia Hanya Robot, Tiada Feel”

Astro Gempak 358

Sekilas

  • Idayu mengakui teknologi AI mampu hasilkan lagu hebat tetapi masih kurang elemen emosi yang penting dalam muzik.
  • Beliau menerima banyak lagu AI namun karya sebegitu tidak dibenarkan masuk pertandingan seperti AJL.
  • Idayu menegaskan sentuhan manusia tetap penting dalam menghasilkan lagu berjiwa walaupun AI boleh dijadikan alat bantu.

Penyanyi Idayu mengakui teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu menghasilkan karya muzik yang hebat, namun tetap tidak mampu menandingi elemen emosi dalam sesebuah lagu.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 41, berkata, dia sendiri menerima banyak lagu yang dihasilkan menggunakan AI, namun terdapat kekangan dari segi penyertaan dalam pertandingan berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Saya ada dapat banyak lagu AI, tapi sayangnya lagu AI ini tak boleh masuk AJL.

“Saya akui ada karya AI yang bagus dan ‘power’, malah ada idea yang komposer lama pun tak boleh buat,” katanya.

Menurutnya, meskipun teknologi tersebut memudahkan proses penghasilan lagu, ia masih gagal menyampaikan ‘rasa’ yang menjadi nadi utama dalam muzik.

“Kekurangan AI adalah dari segi emosi dan rasa. AI takkan boleh berikan rasa itu.

“Dia hanya robot, tak ada ‘feel’, macam tak ada isi,” ujarnya.

Tambahnya, perkara sama turut dipersetujui oleh komposer berpengalaman termasuk Helen Yap yang berpendapat karya dihasilkan AI berbeza daripada sentuhan manusia.

“Bila saya tanya komposer lama seperti Helen Yap, semua cakap benda yang sama, memang lain.

“Tapi bila kita dapat demo AI, kita boleh olah semula dan masukkan rasa kita,” jelasnya.

Dalam masa sama, Idayu berkata sepanjang kerjayanya, dia tidak pernah menggunakan teknologi AI dalam rakaman lagu.

“Dari lagu pertama saya bersama Allahyarham Adnan Abu Hasan sehingga sekarang, tak pernah guna AI.

“Alhamdulillah, proses rakaman pun tak lama, sejam hingga sejam setengah sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Idayu tidak menolak penggunaan AI sebagai alat bantuan dalam industri muzik, namun menegaskan sentuhan manusia tetap memainkan peranan penting dalam menghasilkan karya yang berjiwa.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Must-Watch Video

Advertisement