Skip to main content

Selebriti

Telefon Dirampas, Zarina Anjoulie Selesai Bantu Siasatan SKMM - “Saya Guna Secondhand Sementara…”

zarina

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie mengesahkan sudah selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kontroversinya bersama personaliti dikenali sebagai Hot Daddy.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Zarina, 37, memaklumkan pihak berkuasa turut mengambil telefonnya sebagai bahan siasatan.

Advertisement

“Pihak MCMC sedang membuat siasatan, tolong beri ruang kepada mereka untuk jalankan tugas. Telefon saya pun dah diambil untuk siasatan. Buat masa ini saya hanya guna telefon secondhand sementara,” tulisnya.

zarina instagram story

Dalam masa sama, Zarina menganggap isu yang melanda dirinya sebagai satu pengajaran dan berterima kasih kepada netizen yang memberi nasihat serta teguran.

“Tak apa, ini pengajaran untuk saya. Terima kasih kepada netizen yang sudi menegur dan menasihati, ia peringatan yang baik supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Kalau nak kritik, kritiklah saya. Jangan babitkan anak saya yang tak bersalah. Saya hargai semua yang menegur dan mendoakan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Zarina menafikan dakwaan dirinya menjual serta merakam video pornografi bersama Hot Daddy ketika berada di Bali, Indonesia.

Jelasnya, tujuan dia ke sana hanyalah untuk mempromosikan sebuah produk dan secara kebetulan bertemu lelaki berkenaan yang merupakan rakannya.

Terdahulu, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli didakwa terbabit dalam rakaman serta penjualan video hubungan intim menerusi aplikasi X.

Bagaimanapun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut.

Must-Watch Video