Sekilas
- Seorang individu memuat naik foto di Threads yang menunjukkan Meerqeen bersama wanita yang didakwa kekasihnya ketika bermain bola padang.
- Individu tersebut turut mengaitkan pelakon Qasrina Karim yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Meerqeen.
- Netizen mula tertanya-tanya mengenai identiti wanita tersebut dan memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Seorang individu memuat naik beberapa foto di Threads yang memperlihatkan seorang lelaki yang dipercayai Meerqeen bersama wanita yang didakwa kekasih hati aktor tersebut.
Individu tersebut juga mendakwa wanita itu menemani Meerqeen ketika bermain bola padang pada Selasa.
Malah, individu tersebut turut mengaitkan nama pelakon Qasrina Karim yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan Meerqeen.
“@qasqasss fans can move on now 🤭😆 @meerqeen dating his girlfriend last night,” tulis individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tertanya-tanya mengenai identiti wanita berkenaan.
“Eya?
“Serious lah dah ada makwe.
“Sapa perempuan tu ?
“Eya ni.
“Eya mana?,” komen netizen.