Skip to main content

Hiburan

“Tengok Filem Di Rumah Tidak Akan Dapat…” - Amirah Razak

“Tengok Filem Di Rumah Tidak Akan Dapat…” - Amirah Razak
Advertisement

Pelakon meningkat naik, Amirah Razak berpendapat pengalaman menonton filem di pawagam masih mempunyai keistimewaan tersendiri meskipun platform penstriman atau over-the-top (OTT) kini semakin menjadi pilihan penonton.

Menurut Amirah, kemunculan platform OTT mungkin mengubah trend tontonan masyarakat, namun pawagam tetap menjadi lokasi terbaik untuk menikmati sesebuah karya filem, khususnya bagi mereka yang benar-benar meminati dunia perfileman.

Advertisement

“Saya rasa ini mungkin juga satu trend. Tetapi dari dulu pun, kalau orang tak tengok di OTT, mereka akan tengok di pawagam. Cuma sekarang kita sudah ada OTT, jadi nampak seperti platform itu menjadi pilihan yang lebih utama.

“Tetapi bagi saya, sebagai pencinta filem, tempat terbaik untuk menonton filem adalah di pawagam.

“Kalau kita tengok filem itu di rumah, kita tidak akan dapat feel yang sama.

Advertisement

“Pada saya, walaupun cerita itu memang bagus, tetapi apabila kita menontonnya di pawagam, vibe dan feel itu akan menjadi lebih berganda-ganda,” katanya.

Bagaimanapun, Amirah tidak menyalahkan penonton yang memilih untuk menikmati filem menerusi platform OTT, sebaliknya tetap menggalakkan orang ramai memberikan sokongan kepada industri perfileman dengan menonton karya tempatan di pawagam.

“Saya tidak menyalahkan kalau orang tidak menonton di pawagam dan memilih OTT, tetapi saya sarankan supaya menonton di pawagam,” ujarnya.

Untuk rekod, Amirah merupakan antara pelakon yang membintangi filem BAGA: Esok Untuk Siapa, terbitan Indigo Films dan Skop Productions yang turut menampilkan Amir Ahnaf, Wan Hanafi Su serta beberapa pelakon lain.

Filem tersebut mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan realiti kehidupan yang semakin menghimpit.

Berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, naskhah berkenaan turut mengangkat isu kemiskinan, tradisi serta pilihan hidup yang mampu meninggalkan kesan besar terhadap masa depan seseorang.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan BAGA: Esok Untuk Siapa yang sudah menemui penonton di pawagam sejak 5 November lalu.

Foto: GLAM Malaysia

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement