Skip to main content

Hiburan

Tepis Dakwaan FOMO, Syasya Rizal Bukti Jadi ARMY Sejak Era ‘We Are Bulletproof’ - "Level ‘Delulu’ Sampai Edit ..."

Astrogempak SYASYA RIZAL

Sekilas

  • Syasya Rizal menafikan dakwaan dia jadi peminat BTS sebab FOMO dan menjelaskan dia sudah lama jadi ARMY sejak 2014–2015.
  • Dia berkongsi bukti lama termasuk fanfic dan video dance cover BTS yang disimpan walaupun tidak semua dipaparkan kerana faktor peribadi.
  • Syasya kini sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya sendiri, namun tetap menghargai muzik yang membentuk kenangan remajanya.
Advertisement

Penyanyi Syasya Rizal menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya hanya menjadi peminat kumpulan BTS kerana FOMO atau mahu jadi ikutan ramai.

Menerusi hantaran di Threads, Syasya menjelaskan dia sebenarnya sudah menjadi peminat kumpulan BTS sejak era awal kemunculan mereka.

Advertisement

“Ada yang cakap saya tiba-tiba jadi ARMY sebab FOMO nak pergi konsert. Tapi ARMY lama tahu, dulu kita bukan setakat stream lagu. Kita siap buat fanfic dekat Facebook lagi.

“Ini antara ‘receipt’ tahun 2014–2015, masa umur 13–14 tahun. Level ‘delulu’ sampai edit cover fanfic sendiri,” tulisnya.

Syasya turut berkongsi dia masih menyimpan sebahagian video lama ketika melakukan dance cover BTS, namun tidak semuanya dipaparkan kepada umum kerana ketika itu dia masih belum bertudung.

Dalam masa sama, Syasya menegaskan kehidupannya kini sudah banyak berubah selepas bergelar isteri dan ibu, selain mempunyai kerjaya tersendiri.

“Sekarang saya dah ada suami, anak, kerjaya dan kehidupan yang berbeza. Jadi memang saya dah tak follow artis macam dulu.

“Tapi muzik yang pernah jadi sebahagian daripada zaman remaja saya tetap saya hargai sampai hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun tidak lagi aktif sebagai peminat seperti dahulu, dia tetap menghormati perjalanan muzik yang pernah membentuk kenangan remajanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement