Skip to main content

Selebriti

Tepis Dakwaan Hubungan Terlarang, Puteri Balqis Perjelas Hubungan Dengan Dua Jejaka - “Faris Bapa Tiri & Didi Tunang Saya, Mereka Miliki Rupa Hampir Sama"

Tepis Dakwaan Hubungan Terlarang, Puteri Balqis Perjelas Hubungan Dengan Dua Jejaka

Susulan menerima kecaman dan dakwaan tidak berasas, pelakon, Puteri Balqis akhirnya tampil menjelaskan status dua jejaka yang sering dilihat bersamanya

Menurut Balqis, dua lelaki yang hangat menjadi perbualan di media sosial dikenali Faris adalah bapa tirinya manakala seorang lagi lelaki bernama Didi merupakan tunangnya.

Advertisement

“Saya perkenalkan Faris, ini bapa tiri saya tetapi saya tak suka panggil dia bapa tiri. Dia adalah figura yang melangkah ke hadapan sebagai seorang bapa.

“Ini pula Didi, dia adalah tunang saya. Mereka berdua tiada pertalian darah, hanya memiliki rupa yang hampir sama, rambut yang hampir sama, vibe dan juga personaliti yang sama,” katanya.

Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish menjelaskan perkara itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya pada Rabu.

Dedah Aqish, sebelum ini dia menerima pelbagai tudukan termasuklah dakwaan kononnya dia dan ibunya menjalinkan hubungan terlarang sesama ahli keluarga. 

“Saya menerima terlalu banyak mesej (DM) dan komen negatif yang menyerang ibu saya, ada yang kata tak normal, mata merah dan sebagainya.

“Faris sebenarnya adalah kawan baik ibu dan juga saya selama lapan tahun. Bermula dengan menjadi kawan baik dan kemudiannya bertukar status menjadi suami kepada ibu saya.

“Saya perlu mengatakan ini kepada Faris, Apak (panggilan), saya respek Apak, terima kasih,” jelasnya.

Berikut merupakan penjelasan penuh Aqish:

Must-Watch Video

Advertisement