Skip to main content

Hiburan

TERBANG Bawa Legasi Rali Negara Ke Art Of Speed 2026

TERBANG Bawa Legasi Rali Negara Ke Art Of Speed 2026

Sekilas

  • Filem aksi rali tempatan TERBANG mempromosikan tayangannya pada September depan melalui penyertaan di acara automotif Art Of Speed 2026 di MAEPS.
  • Acara tersebut menampilkan pameran kereta rali PROTON PERT dan kehadiran legenda rali Karamjit Singh bersama pelakon Jack Tan, menarik minat peminat sukan permotoran dan generasi muda.
  • TERBANG bukan sekadar filem perlumbaan, tetapi juga mengetengahkan nilai keberanian, semangat berpasukan, dan kebanggaan pencapaian Malaysia dalam sukan rali antarabangsa.
Advertisement

Filem aksi rali tempatan TERBANG meneruskan siri promosinya menjelang tayangan September depan dengan menyertai acara automotif Art Of Speed 2026 yang berlangsung di MAEPS, baru-baru ini.

Penyertaan tersebut bukan sekadar mempromosikan filem berkenaan, malah menjadi platform memperkenalkan dunia rali kepada generasi muda serta mengangkat kembali kisah kejayaan Malaysia dalam arena sukan permotoran antarabangsa.

Advertisement

Antara yang menjadi tarikan utama sepanjang acara dua hari tersebut adalah pameran kereta rali PROTON PERT yang cukup sinonim dengan sejarah kegemilangan rali negara.

Pada hari pertama, pengunjung berpeluang melihat jentera berkenaan dengan lebih dekat selain merakam foto dan mendapatkan maklumat mengenai TERBANG.

Pameran tersebut turut mencuri perhatian peminat automotif yang teruja berpeluang melihat sendiri jentera yang berkait rapat dengan sejarah rali Malaysia.

Advertisement
dfd

Kemeriahan diteruskan pada hari kedua menerusi kemunculan legenda rali negara, Karamjit Singh bersama pelakon TERBANG, Jack Tan.

Kehadiran mereka mendapat sambutan menggalakkan terutama dalam kalangan peminat sukan permotoran dan pengunjung muda yang mahu mengenali perjalanan serta legasi Karamjit dengan lebih dekat.

Selain sesi bertemu peminat, Karamjit dan Jack turut berkongsi mengenai dunia TERBANG serta sukan rali menerusi sesi soal jawab.

Pengunjung juga berpeluang membawa pulang poster dan kemeja-T eksklusif TERBANG selain merakam kenangan bersama mereka.

Menerusi penyertaan di Art Of Speed 2026, TERBANG mahu membawa mesej bahawa naskhah tersebut bukan sekadar sebuah filem mengenai perlumbaan.

Sebaliknya, filem berkenaan turut mengetengahkan nilai keberanian, semangat berpasukan, ketabahan serta kebanggaan terhadap pencapaian Malaysia di pentas dunia.

Penyertaan tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha Astro Shaw untuk memperkenalkan sejarah rali negara kepada lebih ramai rakyat Malaysia khususnya generasi muda selain menghargai pencapaian luar biasa Karamjit.

Pelbagai lagi aktiviti bersama peminat dan rakan kerjasama bakal diteruskan sebagai sebahagian kempen promosi TERBANG menjelang tayangannya.

TERBANG bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video

Advertisement