Skip to main content

Filem

'TERBANG' Dengan RM15 Je? Ini Cara Dapatkan Tiket Harga Istimewa

'TERBANG' Dengan RM15 Je? Ini Cara Dapatkan Tiket Harga Istimewa

Sekilas

  • Astro sambut ulang tahun ke-30 dengan tawaran tiket filem 'TERBANG' pada harga RM15 di TGV Cinemas terpilih dari 28 September hingga 15 Oktober 2026, khusus Isnin hingga Khamis, 10 pagi hingga 6 petang.
  • Penonton perlu tebus kod promosi eksklusif melalui laman web atau aplikasi TGV Cinemas untuk menikmati harga istimewa ini, yang sah hanya untuk Dewan Deluxe dan satu baucar untuk satu tiket.
  • Filem 'TERBANG' menampilkan pelakon popular dan mengisahkan perjuangan pasukan rali Malaysia mengejar impian di pentas antarabangsa, sesuai untuk peminat aksi dan semangat juang.
Advertisement

Buat kaki wayang yang belum berkesempatan menonton filem 'TERBANG', ini peluang untuk anda menyaksikannya di layar lebar dengan harga istimewa.

Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, penonton berpeluang mendapatkan tiket ‘TERBANG’ pada harga RM15 bagi setiap tiket di TGV Cinemas terpilih. 

Advertisement

Tawaran berkenaan berlangsung bermula 28 September hingga 15 Oktober 2026, khusus pada Isnin hingga Khamis untuk tayangan antara pukul 10 pagi hingga 6 petang. 

Untuk menikmati harga berkenaan, penonton perlu membuat penebusan bagi mendapatkan kod promosi eksklusif sebelum menggunakannya ketika membeli tiket.

Menampilkan barisan pelakon seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron dan Shweta Sekhon, ‘TERBANG’ mengangkat kisah penuh aksi, cabaran dan semangat juang sebuah pasukan rali Malaysia yang mengejar impian untuk mencipta nama di pentas antarabangsa.

Advertisement

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membuat penebusan.

Tawaran RM15 itu hanya sah untuk tayangan ‘TERBANG’ di Dewan Deluxe dan penebusan perlu dibuat menerusi laman web atau aplikasi mudah alih TGV Cinemas.

Setiap baucar pula hanya boleh digunakan untuk satu tiket Dewan Deluxe, manakala tempat duduk berkembar atau Twin Seat memerlukan dua baucar dan tertakluk kepada bayaran tambahan.

Promosi berkenaan juga tidak terpakai untuk tayangan khas, fan screening, acara khas atau tempahan dewan serta tidak melayakkan penonton menerima MovieMoney. 

Jadi, buat yang mahu menyaksikan sendiri debaran dunia perlumbaan rali menerusi ‘TERBANG’, bolehlah merebut peluang menikmati filem berkenaan dengan harga istimewa sepanjang tempoh promosi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement