Skip to main content

Selebriti

Terbang Ke Indonesia Untuk Uji Bakat Siri Aksi, Produksi Tak Sangka Trisha Ooi Anak Seni Malaysia! - “Sampai Sana Mereka Tanya…”

Terbang Ke Indonesia Untuk Uji Bakat Siri Aksi, Produksi Tak Sangka Trisha Ooi Anak Seni Malaysia! - “Sampai Sana Mereka Tanya…”

Sekilas

  • Pelakon Trisha Ooi pernah terbang ke Indonesia untuk menghadiri sesi uji bakat tertutup bagi sebuah siri televisyen aksi musim kedua.
  • Pihak produksi Indonesia menghubungi Trisha secara langsung kerana menyangka dia adalah pelakon dari Indonesia sebelum mengetahui dia sebenarnya dari Malaysia.
  • Walaupun belum tahu keputusan uji bakat, Trisha bersyukur kerana bakatnya mendapat perhatian dan pengalaman itu membuka matanya tentang industri hiburan di negara jiran.
Advertisement

Pelakon, Trisha Ooi mendedahkan dia pernah terbang ke Indonesia bagi menghadiri sesi uji bakat tertutup untuk membintangi sebuah siri televisyen bergenre aksi di sana.

Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, peluang itu hadir apabila dia dihubungi secara langsung oleh pihak produksi Indonesia yang sedang mencari pelakon untuk siri berkenaan.

Advertisement

Tidak mahu melepaskan peluang yang hadir, Trisha kemudiaannya mengambil keputusan untuk menghadiri uji bakat berkenaan meskipun hanya mempunyai masa terluang selama dua hari daripada jadual penggambarannya.

“Trisha memang dapat panggilan terus daripada pihak produksi negara jiran. Mereka panggil untuk uji bakat tertutup bagi sebuah siri televisyen yang sudah memasuki musim kedua.

“Kebetulan ketika itu Trisha bercuti daripada penggambaran selama dua hari, jadi Trisha terus pergi. Trisha jenis yang tidak memilih dan akan rebut peluang yang ada di depan mata,” katanya.

Trisha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Pickel Rival yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar pada Jumaat.

Advertisement

Namun kata Trisha, dia hanya mengetahui sebab sebenar pihak produksi menghubunginya selepas tiba di Indonesia.

Jelas Trisha lagi, pihak produksi berkenaan menyangka Trisha merupakan anak seni dari Indonesia kerana tidak mengetahui bahawa pelakon itu sebenarnya berasal dari Malaysia.

“Sampai di sana, baru mereka tanya, ‘Trisha kamu dari Malaysia ya?’ Trisha jawab, ‘Iya kak, dari Malaysia.’


“Mereka ingat Trisha orang Indonesia, sebab itu mereka panggil,” ujarnya.

Walaupun belum mengetahui keputusan uji bakat berkenaan, Trisha tetap bersyukur kerana bakatnya mendapat perhatian pihak produksi luar negara.

“Trisha pun tidak tahu keputusannya. Tetapi, Trisha bersyukur kerana ada orang luar yang nampak bakat Trisha, mengenali dan memanggil Trisha untuk uji bakat.

“Ini juga membuka mata Trisha untuk mengenali cara kerja industri mereka. Mereka sangat baik dan bahasa pun lebih kurang sama dengan kita.

“Memang satu pengalaman yang membuka mata (eye-opener),” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement