Skip to main content

Filem

TERBANG Terima Pelbagai Reaksi Penonton, Ramai Puji Sinematografi ‘On Point’ - “Bangga Filem Tempatan Berani Angkat Dunia Rali…”

TERBANG Terima Pelbagai Reaksi Penonton, Ramai Puji Sinematografi ‘On Point’ - “Bangga Filem Tempatan Berani Angkat Dunia Rali…”

Sekilas

  • Filem aksi tempatan TERBANG mendapat pujian tinggi daripada penonton atas sinematografi dan babak perlumbaan rali yang menarik.
  • Penonton menghargai penceritaan filem ini yang bukan sahaja menampilkan aksi perlumbaan, malah elemen emosi yang mendalam.
  • TERBANG diinspirasikan daripada legenda rali Karamjit Singh dan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk format 4DX.
Advertisement

Filem aksi tempatan TERBANG terus menerima maklum balas positif daripada penonton yang rata-rata memuji sinematografi serta babak perlumbaan rali yang dipaparkan dalam naskhah berkenaan.

Menerusi Threads, seorang penonton memberikan markah 9 daripada 10 selain menyifatkan TERBANG sebagai antara filem bertemakan kereta terbaik pernah ditontonnya di Malaysia.

Advertisement

“TERBANG 9/10. Ini merupakan filem kereta terbaik aku pernah tengok dekat Malaysia.

“Aku tak tahu macam mana mereka rajin sangat buat kamera tu sekejap depan kereta, sekejap dekat gear, sekejap dekat tepi. Padu.

“Sinematografi memang ‘on point’, cantik sangat bahagian mereka tengah beraksi rali. Paling aku suka babak ‘drift’ dan babak dari sudut atas,” tulisnya.

dfg

Seorang lagi penonton turut mengakui menikmati keseluruhan penceritaan meskipun terdapat beberapa kekurangan yang dianggap tidak menjejaskan pengalaman menonton.

“Aku tengok TERBANG sebagai penonton biasa, bukan pengkritik filem. Aku bayar tiket nak ‘enjoy’ cerita, bukan nak cari salah setiap babak.

“Dan aku ‘enjoy’. Sinematografi babak rali memang cantik. Pelakon pun menjadi.

dfdg

“Paling penting, aku bangga kita ada filem tempatan yang berani angkat dunia rali dan inspirasi pelumba negara sendiri,” katanya yang memberikan markah 8 daripada 10.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain menyifatkan TERBANG bukan sekadar menawarkan babak perlumbaan, malah mempunyai elemen emosi yang membuatkannya terkenang kehilangan insan tersayang.

“Bukan sebab ‘racing scene’ dia saja, tapi sebab buat aku fikir pasal pemergian orang tersayang, dalam masa sama buat aku teruja macam tengok bukan filem lokal.

“Nak layan ‘feel’ lagi best tengok dekat wayang 4DX,” tulisnya.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain mengetengahkan semangat kerjasama serta kepercayaan dalam sesebuah pasukan.

Filem tersebut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Ruminah Sidek.

TERBANG kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement