Skip to main content

Berita

Terima Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka, Fan Bingbing Sarung Busana Dari Melinda Looi & Fiziwoo

Terima Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka, Fan Bingbing Sarung Busana Dari Melinda Looi & Fiziwoo

Aktres China, Fan Bingbing melakar sejarah peribadi baharu apabila secara rasmi bergelar Datuk Fan Bingbing selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) bersempena sambutan ulang tahun Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam pada Ahad lalu.

Pada majlis penuh istiadat itu, Bingbing yang juga Duta Pelancongan Melaka 2024 tampil menawan dengan menyarungkan busana eksklusif hasil sentuhan pereka fesyen Malaysia, Melinda Looi. 

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Melinda menerusi satu hantaran di Instagramnya. 

“Baju kurung khas untuk Yang Berbahagia Datuk Fan Bingbing.

“Satu set baju kurung tempahan eksklusif menggunakan renda Perancis, sulaman, perincian manik serta hiasan Swarovski. Direka dalam rona hijau pudina lembut yang dipilih sendiri oleh Datuk Fan Bingbing,” tulis Melinda.

Bintang filem X-Men: Days of Future Past itu turut mencuri perhatian pada majlis makan malam apabila menyarungkan busana rekaan Fiziwoo.

“Satu malam penuh sejarah, keanggunan dan seni. Ikon antarabangsa Fan Bingbing memeriahkan Majlis Santapan Negeri di Melaka sempena penganugerahan Datuknya dengan menyarungkan busana Fiziwoo Artisanal, baju kurung moden Melayu dalam fabrik satin sutera lembayung lembut.” kongsi Fiziwoo. 

Advertisement

Terdahulu, Fan Bingbing yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 rasmi bergelar Datuk Fan Bingbing selepas dianugerahi Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) bersempena dengan sambutan ulang tahun Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Mohd Ali Rustam pada Ahad.

Bingbing, 43, cukup teruja menerima penganugerahan tersebut mengucup pingat Datuk yang diterimanya di hadapan media.

Bingbing menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai sebuah penghormatan berharga buatnya daripada kerajaan negeri Melaka.

Must-Watch Video