Skip to main content

Berita Tempatan

Terima Cincin, Mr. E Merisik Erra 6 Minggu Lepas

erra_risik

Sekilas

  • Erra Fazira telah dirisik oleh Ezwan Zain atau Mr E sekitar enam minggu lalu dengan majlis sederhana dan menerima cincin emas sebagai tanda.
  • Mereka sepakat untuk berkahwin sejak Jun lalu dan akan melangsungkan pernikahan pada 12 Disember ini.
  • Kedua-dua anak Erra, Sofea dan Engku Aleesya, memberi restu terhadap perkahwinan ini.

Erra Fazira yang bakal menikah bersama Ezwan Zain atau Mr E pada 12 Disember ini memberitahu telah dirisik usahawan tersebut sekitar enam minggu lalu.

Erra, 51, menerima sebentuk cincin emas daripada calon suaminya dalam majlis sederhana sewaktu pertemuan dua keluarga.

“Keluarga kami bertemu dalam sebuah majlis sederhana dan dirisik menerima cincin sebagai tandq,” ujar Erra Fazira sewaktu ditemui pada majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi 2025, sebentar tadi.

Menurut Erra, sebelum merisik, mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada Jun lalu.

“Sekitar Jun lalu kami setuju untuk melanjutkan hubungan dengan menikah,” katanya lagi.

Pada pertemuan bersama media, Erra yang menitiskan air mata sewaktu mengumumkan tanggal bahagia itu juga memberitahu pernikahan dengan Mr E dipersetujui anak perempuannyq, Engku Aleesya.

“Kedua-dua anakanda kami, Sofea dan Aleesya merestui keputusan kami untuk berkahwin,” kata Erra.

Aleesya merupakan anak hasil perkahwina kedua Erra bersama Engku Emran sementara Mr E memiliki seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Must-Watch Video

Advertisement