Skip to main content

Hiburan

Terima Jemputan ‘Wedding Of The Year’, Ceddy Ang Ada Sebab Tak Hadir - “Sebenarnya Ada Saja…”

Ceddy Ang

Sekilas

  • Ceddy Ang mendedahkan dia menerima jemputan ke majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq, tetapi jemputan itu tiba lewat selepas dia sudah terikat sebagai hos majlis anugerah hiburan.
  • Walaupun tidak dapat hadir sebagai tetamu, Ceddy berasa seronok dan yakin dengan penampilannya serta berpeluang bertemu ramai figura hebat dalam industri hiburan.
  • Majlis resepsi pasangan selebriti itu berlangsung meriah di MITEC dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu pada Ahad malam.
Advertisement

Pempengaruh dan pencipta kandunga, Ceddy Ang mendedahkan dia ada menerima jemputan ke majlis resepsi pelakon Bella Astillah dan Syed Saddiq pada Ahad. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Ceddy bagaimanapun berkata dia sudah menerima tawaran menjadi hos untuk majlis anugerah hiburan terlebih dahulu. 

 

“‘Kesian tak dijemput ke wedding of the year’. Well sebenarnya ada saja tapi jemputan datang lewat selepas saya diambil untuk jadi hos karpet merah dan backstage. 

 

“Tapi saya seronok! Penampilan saya nampak menarik dan saya berasa yakin, malah saya berpeluang bertemu dengan orang-orang yang hebat dalam industri ini,” kongsinya. 

Advertisement

 

Untuk info, Majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad malam. 


Sumber - Threads 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement