Skip to main content

Hiburan

“Terima Kasih Abang-Abang….” - Bella Astillah Terima Kejutan Daripada 3PE

“Terima Kasih Abang-Abang….” - Bella Astillah Terima Kejutan Daripada 3PE

Sekilas

  • Bella Astillah menerima kejutan video ucapan selamat pengantin baharu daripada penyanyi Afgan ketika kembali bertugas selepas perkahwinannya.
  • Perkahwinan Bella dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berlangsung pada 10 Oktober di Menara Merdeka 118 dengan mas kahwin RM500.
  • Pasangan BASS diraikan dalam majlis resepsi di MITEC yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.
Advertisement

Penyanyi Bella Astillah menerima kejutan istimewa berupa video ucapan selamat pengantin baharu daripada penyanyi kegemarannya, Afgan ketika kembali ke konti selepas bercuti sempena perkahwinannya, hari ini. 

Kejutan yang diatur rakan penyampai 3 Pagi ERA (3PE) itu dikongsikan menerusi media rasmi stesen radio berkenaan, @era.je. 

Advertisement

Menerusi video tersebut, Bella kelihatan tersenyum gembira selepas melihat video ucapan daripada penyanyi Indonesia itu. “Wow terima kasih abang-abang semua,” kata Bella sambil menghargai usaha rakan penyampainya menyediakan kejutan berkenaan.

Ucapan daripada Afgan itu menjadi penyeri hari pertama Bella kembali bertugas selepas sibuk dengan urusan kahwin bersama suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500. 

Advertisement

Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu kemudian diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu. 

Sumber: Threads @era.je

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Pintal 0.4 50CM (486500401)

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Bracelet Bulu/Gila-Gila/Papan Pasir Kikir/PaperClip (1 Pc)

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Must Watch Video

Advertisement