Sekilas
- Pelakon Fattah Amin mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang menyediakan kejutan hari lahir ke-36 buatnya.
- Fattah meluahkan rasa syukur atas kesihatan dan peluang untuk terus memperbaiki diri seiring usia yang bertambah.
- Beliau juga mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga dan menyatakan kasih sayang kepada isterinya.
Pelakon Fattah Amin menitipkan ucapan penghargaan buat isterinya yang bersusah payah menyediakan kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Menerusi perkongsian di Threads, Fattah turut meluahkan rasa syukur apabila masih diberikan kesihatan dan peluang untuk terus memperbaiki diri seiring pertambahan usia.
“Alhamdulillah, bertambah satu lagi usia hari ini.
“Semakin dewasa, semakin saya belajar bahawa nikmat terbesar bukanlah apa yang kita miliki, tetapi siapa yang Allah hadirkan di sisi, kesihatan yang masih diberi dan peluang untuk terus memperbaiki diri,” katanya.
Dalam masa sama, Fattah turut berterima kasih kepada isterinya yang berusaha melakukan kejutan hari lahir bersama keluarga, selain mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
“Terima kasih isteri syurgaku bersusah-payah buat kejutan hari lahir bersama keluarga hari ini.
“I love you sampai syurga. Amin Allahumma Amin,” ujarnya.
Sumber: Threads